awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 91 peratus populasi remaja di Malaysia lengkap vaksinasi

Bernama
Bernama
14/03/2022
02:49 MYT
Lebih 91 peratus populasi remaja di Malaysia lengkap vaksinasi
Jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan adalah sebanyak 68,159,756. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,837,197 individu atau 91.2 peratus daripada populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negara ini telah melengkapkan vaksinasi COVID-19, setakat semalam.
Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sebanyak 2,937,206 individu atau 94.4 peratus daripada kumpulan itu pula sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun pula, sebanyak 1,167,019 individu atau 32.9 peratus telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).
Sementara itu, bagi populasi dewasa, sejumlah 15,280,702 individu atau 64.9 peratus telah menerima dos penggalak COVID-19 manakala sejumlah 22,934,957 individu atau 97.5 peratus daripada populasi sama telah melengkapkan vaksinasi mereka dan 23,211,514 individu atau 98.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Vaksinasi harian semalam menyaksikan sebanyak 45,025 dos vaksin diberikan meliputi 23,489 dos pertama, 1,349 dos kedua dan 20,187 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 68,159,756.
Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 87 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan Johor merekodkan angka tertinggi iaitu 22 kes, diikuti Selangor (18), Perak (10), Pulau Pinang dan Kuala Lumpur masing-masing enam kes.
Pahang merekodkan lima kes, masing-masing empat kes di Kedah dan Kelantan, manakala Melaka, Negeri Sembilan dan Terengganu masing-masing tiga kes, Sarawak (dua) serta Sabah (satu).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dos penggalak
#populasi remaja
#populasi dewasa
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan