awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih banyak operator feri, lebih baik - Sanusi

Bernama
Bernama
24/11/2023
01:45 MYT
Lebih banyak operator feri, lebih baik - Sanusi
Muhammad Sanusi berkata, kewujudan saingan sihat dalam perkhidmatan feri ke Langkawi akan dapat meningkatkan tahap syarikat pengendali feri sedia ada. - Gambar hiasan/BERNAMA
ALOR SETAR: Operator feri ke Langkawi yang terdiri daripada pelbagai syarikat berbeza akan memberi nilai tambah kepada perkhidmatan tersebut, sekali gus menawarkan lebih pilihan kepada penumpang.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata ia bukan sahaja akan menguntungkan pengguna malah kewujudan saingan sihat dalam perkhidmatan tersebut juga akan dapat meningkatkan tahap syarikat pengendali feri sedia ada.
"Kalau lebih banyak (operator feri) lebih rancak. Penumpang masing-masing akan cari penyedia feri yang memberikan perkhidmatan terbaik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Wisma Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) di sini, petang Khamis.
Beliau diminta mengulas mengenai isu yang tular di media sosial semalam mengenai sebuah operator feri yang mendakwa permohonan syarikat itu untuk mengadakan perkhidmatan feri ke Langkawi tidak berjaya walaupun sudah memenuhi syarat ditetapkan.
Dalam pada itu Muhammad Sanusi berkata selain perkhidmatan feri, mana-mana syarikat juga boleh mengadakan perkhidmatan teksi laut ke Langkawi.
"Teksi laut tambang mahal tapi boleh buat...ada orang buat. Kalau ada kecemasan, nak cepat ke Langkawi boleh guna teksi laut," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muhammad Sanusi Md Nor
#Langkawi
#feri
#teksi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan