Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki hari ke-106 dan hari ke-22 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini menyaksikan lebih banyak sektor ekonomi termasuk subsektor pelancongan dibenarkan beroperasi.
Apa yang menjadi tumpuan adalah semua sektor yang dibenarkan ini berjaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ini kerana, pematuhan SOP menjadi pengukur kepada proses pemulihan negara menuju ke arah negara bebas pandemik COVID-19 sekali gus membolehkan kerajaan melaksanakan strategi keluar setelah lebih tiga bulan dibelenggu virus tidak bervaksin ini.
Jika sebelum ini terdapat kekhuatiran dalam kalangan masyarakat terhadap kelonggaran demi kelonggaran yang diberikan kerajaan akan mencetuskan gelombang baharu, namun kes baharu positif COVID-19 nampaknya semakin terkawal.
Perkara ini diakui Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dengan menyatakan bahawa walaupun pelbagai sektor ekonomi dibenarkan beroperasi sepenuhnya, namun penularan kes dalam komuniti adalah terkawal.
Beliau dipetik sebagai berkata bagi memastikan proses pemulihan negara berjalan lancar, kerajaan menyediakan SOP untuk kesemua sektor memandangkan pematuhan kepada SOP menjadi faktor utama dalam memutuskan rantaian penularan pandemik COVID-19.
Jika diimbas kembali, selain kebenaran operasi kepada sektor ekonomi dan subsektor pelancongan, kerajaan turut membenarkan prasekolah dan Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) dibuka sepenuhnya bermula hari ini setelah kebenaran sama diberikan kepada pelajar tingkatan lima dan enam pada 24 Jun lepas.
Bagaimanapun, kesemua sektor tersebut perlu mematuhi SOP selain amalan kebersihan diri yang perlu diutamakan setiap masa walau di mana sahaja berada dan terpakai kepada semua peringkat usia.
Selain itu, dalam keghairahan mereka yang sekian lama tidak melakukan aktiviti rekreasi dan riadah termasuk membawa anak-anak ke taman tema air, kawalan kendiri menjadi perkara yang penting bagi memastikan penularan COVID-19 diputuskan sebagaimana dihasrat kerajaan.
Demikian juga mereka yang mahu 'memanjakan diri' di pusat spa, 'wellness' dan urut kaki, mereka perlu memastikan premis yang dikunjungi tidak hanya mengambil bacaan suhu tetapi melaksanakan semua langkah pencegahan yang ditetapkan.
Tidak dilupakan peringatan kepada 'mok de dan pok de' yang dijemput menghadiri pelbagai majlis termasuk majlis perkahwinan pada hujung minggu ini, sebagai warga emas yang berisiko, golongan ini diharap menjaga jarak sosial selain memakai pelitup muka dan tidak bersalam-salaman dengan tetamu lain.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 01 2020

Petugas melakukan kerja-kerja pembersihan di kolam Taman Tema Lost World of Tambun sebagai persediaan pembukaan semula mulai 1 Julai, di Ipoh, 29 Jun, 2020. --fotoBERNAMA
13 maut dalam kebakaran asrama di Almaty
Sekurang-kurangnya 13 maut akibat kejadian kebakaran asrama yang berlaku Almaty, Kazakhstan, awal pagi Khamis.
Penternak anjing protes berhampiran pejabat Presiden Korea Selatan
Kira-kira 200 penternak anjing di Korea Selatan menganjurkan protes berhampiran pejabat Presiden di Seoul, mendesak kerajaan membatalkan rancangan mengharamkan amalan kontroversi memakan haiwan itu sejak beberapa abad lalu.
Pemberhentian perang Israel-Palestin dilanjutkan sehari
Israel dan Hamas hari ini bersetuju melanjutkan pemberhentian perang selama sehari lagi, enam minit sebelum perjanjian pemberhentian perang selama enam hari sebelum ini tamat.
Tebusan warga Thailand tiba di Bangkok
Ketibaan 17 tebusan warga Thailand yang ditahan di Semenanjung Gaza tiba di Bangkok pada petang Khamis, disambut ahli keluarga yang menunggu kepulangan mereka.
Persidangan bermula, bincang pembiayaan projek iklim, nilai kemajuan
Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP28) bermula di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi membincangkan isu mendesak berkaitan pemanasan global serta menilai kemajuan interim yang dicapai oleh masyarakat antarabangsa sejak Perjanjian Paris ditandatangani.
Delegasi, syarikat minyak perlu bekerjasama tangani perubahan iklim
Presiden COP28, Sultan Al Jaber menggesa pada delegasi untuk mencari titik persamaan dalam dasar bagi memenuhi matlamat iklim global.
Malaysia-India komited teroka bidang kerjasama baharu
Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Menteri Hal Ehwal Luar dan Pendidikan India, Dr Rajkumar Ranjan Singh di Kuala Lumpur pada Khamis
Perdana Menteri terima kunjungan hormat Prabowo
Menganggap Prabowo sebagai sahabat lama, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertemuan itu membincangkan pelbagai isu terkait kepentingan bersama Malaysia dan Indonesia.
Malaysia pertama di Asia Tenggara guna rangkaian komunikasi 4G
Malaysia bakal melakar sejarah sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan rangkaian komunikasi LTE-Railway (LTE-R) menggunakan 4G pada kereta api penumpang di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665km.
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara 6 bulan, denda RM500
Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret Marang atas kesalahan menggantung dan mengibar bendera Israel.

Jalan Balik Pulau-Teluk Bahang dijangka buka semula Disember
Laluan jalan raya FT006 Jalan Balik Pulau-Teluk Bahang, Daerah Barat Daya, dijangka buka pada Disember tahun ini.

PICKids: Pemberian vaksin dibuka 5 hari bermula esok
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) akan dibuka selama lima hari mulai esok.

Bangkok dibuka kepada pengunjung lengkap vaksinasi
Ia antara usaha yang diambil kerajaan untuk menyelamatkan industri pelancongan yang teruk terjejas akibat wabak itu.

Pawagam sedia kembali beroperasi, penerima vaksinasi lengkap saja dibenarkan masuk
Pengunjung dan kakitangan pawagam perlu mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa sepanjang berada di kawasan tersebut.

Buka semula pusat kecergasan dan sukan bagi individu lengkap divaksin - Radhakrishnan
Radhakrishnan berkata langkah tersebut perlu demi kesihatan fizikal dan mental masyarakat di samping membantu menangani isu pengangguran.

Singapura buka semula kelulusan masuk kepada pemegang pas kerja lengkap divaksin mulai 10 Ogos
Pemegang pas kerja yang layak dan tanggungannya mestilah sudah lengkap divaksin sebelum tiba di Singapura.

Muzium PDRM kini dibuka semula kepada orang awam - Ketua Polis Negara
Pembukaan semula muzium itu dibuat selepas kerja naik taraf bangunannya siap sepenuhnya pada 28 Jan lepas, setelah ditutup semasa PKP pada Mac 2020.

Ibu pejabat PBB di New York dibuka semula
Fasa pertama bermaksud tidak lebih 400 orang akan berada di pejabat pada hari tertentu.

COVID-19: Pembukaan semula IPT?
Jika ia tidak dilakukan dengan berhati-hati, terutamanya dalam keadaan orang ramai telah mula alpa dan memandang mudah pada pematuhan SOP, natijahnya kelak boleh memungkinkan gelombang ke-3.

Pembukaan semula prasekolah, tadika dan tabika: Ibu bapa, murid patuhi SOP ketat
Setiap murid lengkap memakai pelitup separuh muka, diperiksa suhu badan, mencuci tangan menggunakan cecair pensanitasi tangan sebelum masuk ke kelas.