MALAYSIA

Lebih murah untuk terbang berbanding naik ERL - Tony Fernandes

Syafique Shuib 14/12/2015 | 11:48 MYT
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes akui ERL merupakan perkhidmatan yang bagus, namun ia mahal susulan kenaikan harga tiket kepada RM55. - Gambar Fail
Lebih murah untuk terbang berbanding menaiki ERL!

Itulah pandangan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes yang dikongsi di Twitter hari ini.

Kenyataan Tony Fernandes dikongsi susulan pengumuman tambang baharu Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) bagi perjalanan sehala dari KL Sentral ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan ke KLIA2 iaitu RM55.

Ia berkuat kuasa mulai 1 Jan tahun depan, dan merupakan kenaikan pertama sejak pelancaran ERL pada 2002.

“Tentang ERL, ia produk yang bagus tetapi mahal. Tidak faham… mereka mempunyai penumpang AirAsia. Lebih murah untuk terbang.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kenyataan Tony Fernandes pastinya mendapat reaksi yang pelbagai.

Ada yang bertanyakan jika benar AirAsia mempunyai tambang serendah RM55.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Netizen yang dikenali sebagai @gaj_2 mahu AirAsia untuk menyediakan perkhidmatan yang menggunakan bas yang khusus untuk penumpang kapal terbang.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ada juga yang bercadang agar AirAsia kini menceburi sektor kereta api.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ini bukan kali pertama netizen menyuarakan pandangan mereka tentang kenaikan harga tiket bagi perkhidmatan ERL.

Warga Twitter sebelum ini melahirkan rasa marah dan kecewa terhadap keputusan yang dianggap kenaikan secara mendadak dan membebankan rakyat yang sudah pun dihimpit dengan kenaikan kos sara hidup yang lain.
#AirAsia #ERL #Tony Fernandes