KUANTAN: Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ti Lian Ker menyeru lebih ramai belia bukan Bumiputera untuk tampil ke hadapan dan melibatkan diri dalam program anjuran kerajaan.
Beliau berkata program kerajaan tidak akan berjaya mencapai matlamatnya sekiranya hanya melibatkan selapis masyarakat dan tanpa penglibatan keseluruhan Keluarga Malaysia.
"Setiap komuniti ada kekuatan masing-masing dan kejayaan lebih baik boleh dicapai jika semua pihak berganding bahu dan bekerjasama," katanya selepas merasmikan Kejohanan Bola Keranjang Malaysia Sports League (MSL) Bera di Kampung Baru Kerayong, Bera, hari ini.
Sebagai contoh, Ti merujuk kepada kemasukan pelatih di Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) yang dilihat amat memerlukan sambutan belia bukan Bumiputera memandangkan latihan yang diberikan amat baik dan memenuhi kehendak industri.
Menurut Ti, ILKBS merupakan antara platform untuk belia mengasah serta meningkatkan kemahiran dan melatih semula kemahiran dalam tempoh masa pendek, namun sangat membantu meningkatkan kemahiran dan kerjaya dalam jangka masa panjang.
"Ibu bapa perlu memainkan peranan utama dengan menghapuskan stigma yang kurang enak berkaitan ILKBS kerana kebolehpasaran yang sangat tinggi iaitu 95 peratus selain ia juga membantu negara menghasilkan lebih ramai belia berkemahiran tinggi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 29 2022
Ti berkata program kerajaan tidak akan berjaya mencapai matlamatnya sekiranya hanya melibatkan selapis masyarakat dan tanpa penglibatan keseluruhan Keluarga Malaysia. - Gambar fail
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Lebih ramai belia bukan Bumiputera diseru libatkan diri dalam program kerajaan
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ti Lian Ker menyeru lebih ramai belia bukan Bumiputera untuk tampil ke hadapan dan melibatkan diri dalam program anjuran kerajaan.