awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih RM125.5 juta BWI diagihkan setakat semalam - PM

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
20/01/2022
04:01 MYT
Lebih RM125.5 juta BWI diagihkan setakat semalam - PM
Ismail Sabri berkata peruntukan itu bagi tujuan pengagihan BWI berjumlah RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah. - Foto Jabatan Penerangan
KUALA LUMPUR: Sejumlah RM125.5 juta telah disalurkan melalui Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) kepada negeri-negeri terjejas akibat banjir, setakat semalam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata peruntukan itu bagi tujuan pengagihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) berjumlah RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah.
"Sehingga 18 Januari 2022, bagi mangsa-mangsa yang berpindah ke PPS, prestasi pengagihan adalah sebanyak 97.3 peratus, daripada bilangan KIR yang layak bagi gelombang pertama banjir (meliputi lapan buah negeri).
"Manakala prestasi pengagihan bagi gelombang kedua adalah sebanyak 57.3 peratus meliputi negeri Terengganu, Negeri Sembilan, Kelantan, Pahang, Sabah dan Johor.
"Bagi mangsa banjir yang tidak berpindah ke PPS, prestasi pengagihan adalah sebanyak 50.8 peratus," katanya.
Beliau berkata demikian ketika memberikan penerangan berhubung Bantuan Bencana Banjir pada Mesyuarat Khas Parlimen di Dewan Rakyat, hari ini.
Jelas Perdana Menteri lagi, NADMA turut menyalurkan RM25 juta kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) menggunakan tabung KWABBN bagi tujuan pengagihan bantuan tersebut kepada KIR yang layak.
Bantuan tersebut telah mula diberikan sejak 8 Januari lalu, dan peruntukan tambahan diberikan dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan semasa.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Ismail Sabri
#Banjir 2021
#bantuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan