awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Letupan, kebakaran di bar resort ski Crans-Montana dilapor ragut banyak nyawa
Menantu, bapa mentua dihukum penjara kesalahan rompak, pecah rumah
Aplikasi Daun dikemas kini dengan antara muka baharu, tersedia untuk Android dan iPhone
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Senarai calon Exco baharu dipersembah kepada Raja Perlis minggu depan - MB

Bernama
Bernama
01/01/2026
07:00 MYT
Senarai calon Exco baharu dipersembah kepada Raja Perlis minggu depan - MB
Abu Bakar (kanan) menyambut pengunjung sempena Tahun Melawat Malaysia dan Tahun Melawat Perlis 2026 di Stesen KTMB Padang Besar hari ini. -Foto Bernama
PADANG BESAR: Senarai nama calon Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) baharu Perlis akan dipersembahkan kepada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada minggu depan, kata Menteri Besar Abu Bakar Hamzah.

Ringkasan AI
  • Senarai nama calon Exco baharu Perlis akan dibentangkan kepada Raja Perlis minggu depan, hanya melibatkan empat ADUN Bersatu.
  • PAS memutuskan untuk tidak menyertai barisan Exco baharu Perlis, menimbulkan cabaran dalam pengagihan portfolio.
  • Kerusi kosong di DUN Chuping, Bintong, dan Guar Sanji akan diurus tadbir oleh Pejabat Menteri Besar Perlis sementara menunggu pilihan raya umum akan datang.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Beliau berkata nama calon Exco itu terdiri daripada empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu sahaja memandangkan PAS Pusat memutuskan untuk tidak menganggotai barisan Exco baharu yang akan dibentuknya.
"(Lantikan empat Exco sahaja) memang terlalu mencabar sebab kita ada banyak portfolio... kali ini sekurang-kurangnya lima portfolio satu Exco kena pegang," katanya pada sidang media sempena acara sambutan Visit Malaysia 2026 di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar, di sini, hari ini.
Pada sidang media Selasa lepas, Abu Bakar memaklumkan pelantikan Exco baharu Perlis boleh diteruskan dengan sekurang-kurangnya empat ahli susulan keputusan PAS untuk tidak menyertai barisan pentadbiran negeri di bawah kepimpinannya.
Dalam pada itu, Abu Bakar berkata kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chuping, Bintong dan Guar Sanji yang kosong akan diurus tadbir Pejabat Menteri Besar Perlis dengan melantik penyelaras bagi pusat khidmat rakyat yang akan dibuka di ketiga-tiga DUN itu.
"Apabila berlaku pembukaan pusat khidmat di kawasan itu, maka kita akan merujuk juga kepada kepimpinan PAS sebab itu kawasan kerusi mereka," katanya.
Semalam, pada sidang media Speaker DUN Rus'sele Eizan mengumumkan penarikan balik pemakluman keperluan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi mengisi kekosongan luar jangka di tiga DUN itu.
Rus'sele dilaporkan sebagai berkata keputusan beliau menarik balik pemakluman keperluan mengadakan PRK di tiga DUN itu telah dimaklumkan melalui surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Perlis pada 30 Dis.
Sehubungan itu, Speaker DUN itu berkata DUN Chuping, Bintong dan Guar Sanji akan kekal kosong sehingga pilihan raya umum akan datang.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang akan dilakukan Menteri Besar Perlis berkaitan dengan penarikan balik pemakluman keperluan Pilihan Raya Kecil di tiga Dewan Undangan Negeri (DUN)? A: Menteri Besar Perlis akan mengurus tadbir DUN Chuping, Bintong, dan Guar Sanji dengan melantik penyelaras pusat khidmat rakyat di ketiga-tiga DUN tersebut.
  • Q: Berapakah jumlah calon Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang akan dipersembahkan kepada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada minggu depan? A: Terdapat empat calon Exco yang akan dipersembahkan kepada Raja Perlis, terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu sahaja.
  • Q: Mengapa PAS Pusat memutuskan untuk tidak menyertai barisan Exco baharu Perlis yang akan dibentuk? A: PAS Pusat memutuskan untuk tidak menganggotai barisan Exco baharu Perlis kerana mereka telah memilih untuk tidak menyertai barisan pentadbiran negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar Perlis.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis berhubung dengan kekosongan luar jangka di tiga DUN? A: Speaker DUN Perlis telah mengumumkan penarikan balik pemakluman keperluan Pilihan Raya Kecil di tiga DUN yang kosong, iaitu Chuping, Bintong, dan Guar Sanji.
  • Q: Mengapa Menteri Besar Perlis menyatakan bahawa penjagaan kerusi DUN yang kosong akan dirujuk kepada kepimpinan PAS? A: Penjagaan kerusi DUN yang kosong akan dirujuk kepada kepimpinan PAS kerana kawasan tersebut adalah kawasan kerusi milik PAS.

Topic Berkaitan
#calon Exco baharu Perlis
#senarai nama
#Raja Perlis
#Adun Bersatu
#Abu Bakar Hamzah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan