awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyelarasan pemeriksaan di KLIA lancarkan pergerakan penumpang, jamin keselamatan
[KOLUMNIS] Implikasi penyakit akuakultur terhadap keselamatan makanan negara
Ringgit ditutup rendah, kekal akhiri 2025 dengan prestasi lebih mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih RM13 juta hasil kutipan fidyah 2023 diagih kepada 50,054 penerima - MAIS

Bernama
Bernama
25/01/2025
13:45 MYT
Lebih RM13 juta hasil kutipan fidyah 2023 diagih kepada 50,054 penerima - MAIS
Abdul Aziz melakukan gimik pada Majlis Pelancaran Kempen Bulan Kesedaran Tunai Fidyah di Auditorium Dahlia, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini. - Gambar Bernama
SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengagihkan lebih RM13 juta hasil kutipan fidyah pada 2023 kepada 50,054 penerima yang layak sepanjang tahun lepas.
Pengerusi MAIS Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM4.45 juta untuk sumbangan Agihan Fidyah MAIS (AFM) Kotak Makanan dan AFM Ejen Dapur Fidyah berjumlah RM1.34 juta diagihkan bermula Januari hingga Disember 2024.
"Selain itu, untuk tempoh sama MAIS turut mengagihkan AFM Tunai berjumlah RM2.37 juta dan AFM Wang Saku Pelajar berjumlah RM4.84 juta," katanya kepada pemberita selepas Pelancaran Kempen Bulan Kesedaran Tunai Fidyah Tahun 2025 di sini hari ini.
Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata sebanyak RM12.9 juta fidyah berjaya dikutip pada 2024 dan dianggarkan RM12.4 juta akan diagihkan sepanjang tahun ini.
Selain itu, Abdul Aziz berkata MAIS turut menyasarkan peningkatan jumlah kutipan fidyah, iaitu sebanyak RM16 juta pada tahun ini selaras dengan pelbagai aktiviti yang akan dilaksanakan serta pelancaran Kempen Bulan Kesedaran Tunai Fidyah Tahun 2025 bermula hari ini hingga 28 Feb.
"Tujuan kempen diadakan ialah memberikan kefahaman dan kesedaran kepada masyarakat Islam untuk melunaskan hutang fidyah di samping menggalakkan mereka menggantikan puasa lebih awal sebelum bertemunya bulan Ramadan yang akan datang.
"MAIS turut melantik ejen kutipan fidyah bagi menyebarluaskan kutipan fidyah terutama di Selangor, iaitu melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS), Malaysia E-Government (MYEG), Bank Muamalat Malaysia Berhad, As-Salihin Trustee Berhad dan Rakyat Trustee Berhad," katanya.
Beliau berkata MAIS menyediakan platform digital kalkulator fidyah, iaitu pembayaran fidyah secara dalam talian yang boleh didapati melalui portal rasmi www.mais.gov.my.
Pembayaran fidyah juga boleh dilaksanakan melalui ejen kutipan fidyah MAIS, seperti di LZS yang turut menyediakan kemudahan bayaran melalui kaunter dan secara dalam talian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MAIS
#Ramadan
#kutipan fidyah
#dalam talian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan