TEMERLOH: Warga emas, Ramlah Hitam tidak pernah menyangka dirinya berpeluang memiliki sebuah rumah yang sangat selesa, pada usianya yang disifatkan 'sudah senja'.
Beliau yang berusia 81 tahun berkata dirinya sangat bertuah apabila Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan rumah baharu selepas rumah asalnya di Kampung Lompat di sini, rosak teruk akibat banjir, baru-baru ini.
Rumah asal, menurut Ramlah diperbuat daripada kayu dan banjir selama seminggu mulai 4 Jan lepas, menyebabkan rumahnya yang terletak kurang 100 meter dari Sungai Semantan, ditenggelami air sehingga paras atap.
"Selepas banjir pulih, keadaan rumah begitu teruk. Bukan hanya selut memenuhi rumah, tapi dinding dan lantai juga rosak teruk... maklum saja rumah lama, sudah lebih 60 tahun mak cik tinggal di situ.
"Rezeki sungguh bila tok ampat datang dua minggu lepas untuk maklumkan yang mak cik akan terima rumah baharu. Bila tengok (gambar reka bentuk), nampak selesa dan cantik rumahnya," katanya semasa ditemui di rumahnya hari ini.
Ramlah yang tinggal berdua dengan anaknya, Siti Rokiah Zainal Abidin, 52, juga menjunjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah yang berkenan mencemar duli memandu sendiri kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux untuk ke tapak rumah yang akan dibina dengan menggunakan kurniaan peribadi Seri Paduka Baginda.
Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah ke tapak baharu itu pada 11.55 pagi turut diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan dua anakanda iaitu Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah.
Seri Paduka seterusnya berkenan mencemar duli meninjau dua buah rumah lagi di sini yang turut terjejas teruk akibat banjir besar awal tahun ini, iaitu di Kampung Sungai Dingin dan Kampung Pengkalan Manggis.
Semasa bertitah, Al-Sultan Abdullah yang juga Sultan Pahang menzahirkan harapan untuk melihat rumah jenis bertiang setinggi 2.4 meter dengan tiga buah bilik tidur, pada kos antara RM80,000 hingga RM100,000 itu dapat disiapkan mengikut jadual iaitu dalam tempoh empat bulan.
"Saya amat prihatin dalam hal ini dan akan datang melawat sekali lagi (selepas siap). Saya berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga dan mudah-mudahan tidak lagi ditenggelami banjir.
"Saya juga berharap di tempat lain juga harus diperbanyakkan rumah seperti ini (bertiang) dan semoga lebih ramai pihak swasta serta persendirian tampil membantu mereka yang tinggal di tepi Sungai Pahang atau sungai lain yang kerap dilanda banjir," titah Seri Paduka Baginda.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah yang juga berkenan meluangkan masa kira-kira setengah jam meninjau tapak baharu rumah di Kampung Pengkalan Manggis, seterusnya menitahkan supaya kontraktor menyiapkan kerja pembinaan dengan sempurna.
Pemilik rumah, Mohd Izzuddin Shamzudin, 32, yang merupakan penjawat awam menyifatkan kurniaan Al-Sultan Abdullah sebagai rezeki tidak disangka-sangka selepas rumahnya yang berdepan Sungai Pahang, rosak sepenuhnya akibat banjir.
"Saya membuat permohonan untuk membaiki rumah kayu yang ditenggelami air paras pinggang tapi rezeki datang bergolek apabila mendapat sebuah rumah baharu. Ini juga buat saya, ialah rezeki mak dan keluarga kami.
"Semoga rumah ini siap segera kerana buat masa ini kami semua menumpang di rumah abang di Temerloh Jaya 2... segan juga berlama-lama di rumah orang walaupun adik beradik sendiri," katanya.
Mohd Izzuddin berkata beliau juga tidak menyangka selepas menerima berita gembira bakal mendapat rumah baharu, dirinya dapat merasai sendiri pengalaman keprihatinan Seri Paduka berdua yang berkenan mencemar duli ke rumah mereka hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 02 2021
Ramlah berasa sangat bertuah apabila Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan rumah baharu selepas rumah asalnya di Kampung Lompat rosak akibat banjir. - Bernama
Lelaki sempat jerit minta tolong sebelum dibaham buaya
Mangsa berusia 28 tahun disambar reptilia itu ketika melalui jambatan kayu di kawasan setinggan tersebut.
Bekas pemain bola sepak Manchester City sah Presiden Georgia
Mikheil Kavelashvili dilantik sebagai Presiden oleh Parlimen Georgia selepas 16 hari protes melanda pekan dan bandar negara berkenaan.
DBKL lanjut tempoh permohonan tapak bazar Ramadan
Ia bagi memberi peluang kepada lebih ramai penjaja yang berkelayakan untuk mengambil bahagian.
Tentera Rusia berundur dari selatan Syria
Sebuah konvoi kenderaan tentera Rusia dilaporkan berundur dari wilayah selatan Syria menuju ke pangkalan tentera di Tartous, bandar pesisir Latakia, utara negara itu.
Menurut media antarabangsa, konvoi kenderaan tentera dilihat melalui lebuh raya Damsyik-Homs menuju utara.
Menurut media antarabangsa, konvoi kenderaan tentera dilihat melalui lebuh raya Damsyik-Homs menuju utara.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada Sabtu mengeluarkan sebuah gambar yang memaparkan wajah seorang wartawan dari Amerika Syarikat, Austin Tice yang hilang di Syria pada 2012.
Menerusi hantaran di X, gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan paras beliau pada usia 40-an.
Menerusi hantaran di X, gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan paras beliau pada usia 40-an.
Thailand tewaskan Malaysia 1-0
Rekod tanpa kalah skuad bola sepak negara dalam kempen Kumpulan A Piala ASEAN lebur apabila tewas 0-1 kepada Thailand dalam aksi di Stadium Rajamangala, Bangkok, pada Sabtu malam.
Kemenangan dilakar apabila Kesilapan penjaga gol Malaysia Muhammad Haziq Nadzli ketika mengeluarkan bola dengan sempurna dimanfaatkan pemain Thailand, Patrik Gustavsson pada minit ke-57.
Kemenangan dilakar apabila Kesilapan penjaga gol Malaysia Muhammad Haziq Nadzli ketika mengeluarkan bola dengan sempurna dimanfaatkan pemain Thailand, Patrik Gustavsson pada minit ke-57.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Polis menahan tiga lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM44,200 di hadapan sebuah pasar raya di Bera pada Sabtu.
Menerusi kenyataan, ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata pemeriksaan terhadap ketiga-tiga suspek itu menemukan dadah disyaki heroin seberat 1,379.81 gram dan syabu seberat 26.60 gram.
Menerusi kenyataan, ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata pemeriksaan terhadap ketiga-tiga suspek itu menemukan dadah disyaki heroin seberat 1,379.81 gram dan syabu seberat 26.60 gram.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar pada Sabtu malam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada 9.44 malam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada 9.44 malam.
Yoon Suk Yeol ikrar lakukan yang terbaik untuk Korea 'hingga ke penamat'
Suk Yeol membuat janji itu ketika berdepan penggantungan tugas selepas Parlimen mengundi untuk mendakwa beliau.
Mangsa banjir kekal 47 orang di dua negeri
Jumlah mangsa banjir kekal kepada 47 orang sahaja setakat 6 pagi, Ahad.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 2 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka melibatkan 2 negeri.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 2 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka melibatkan 2 negeri.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Dr Zaliha nafi buat kenyataan media berhubung titah adendum pengampunan Najib
Katanya, kenyataan media yang tular itu adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan olehnya.
Tahanan rumah: Najib mohon masukkan bukti baharu
Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan Mahkamah Rayuan bahawa pihaknya telah memfailkan permohonan untuk memasukkan bukti baharu berhubung kewujudan titah adendum.
TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14
"Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah"
Hentikan serta-merta budaya dera di UPNM - Sultan Ibrahim
Jika penderaan terus berlaku, Sultan Ibrahim enggan nama baginda dikaitkan dengan universiti itu lagi selain Panglima dan komandan mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan.
Agong berkenan terima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao di Istana Negara.
Agong doakan keselamatan mangsa banjir
Yang di-Pertuan Agong menitipkan doa agar semua mangsa banjir yang terjejas di tujuh negeri diberikan perlindungan, ketabahan serta kesabaran oleh Allah SWT.
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
Lantikan Mohd Dusuki ikut lunas undang-undang, selaras Perlembagaan - Fahmi
Lantikan itu juga selepas mengambil kira pengalaman luas Mohd Dusuki dalam bidang pendakwaan dan perundangan di Jabatan Peguam Negara.