awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lee Lam Thye harap dapat cetus inspirasi buat generasi muda ceburi kesukarelawanan

Bernama
Bernama
10/01/2024
23:15 MYT
Lee Lam Thye harap dapat cetus inspirasi buat generasi muda ceburi kesukarelawanan
Lee tidak menafikan bahawa banyak lagi yang perlu dilakukan untuk menyemai kepentingan kesukarelawanan dalam masyarakat hari ini. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Aktivis sosial yang terkenal dengan kegigihan memperjuangkan isu-isu kemasyarakatan, Tan Sri Lee Lam Thye berharap buku autobiografinya akan memberi inspirasi kepada generasi muda untuk memupuk semangat kesukarelawanan sebagai cara bagi menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat.
Dikenali ramai menerusi perkhidmatan sepanjang hayatnya kepada Malaysia dan seluruh rakyat, Lee tidak menafikan bahawa banyak lagi yang perlu dilakukan untuk menyemai kepentingan kesukarelawanan dalam masyarakat hari ini.
Oleh itu, beliau merasakan adalah menjadi kewajipannya untuk menulis buku 'Lee Lam Thye: Recalling a Lifetime of Service' yang diharap dapat membawa bersama rakyat Malaysia untuk membantu antara satu sama lain.
"Kesukarelawanan kini amat penting, memandangkan negara terus berdepan dengan pelbagai masalah yang memerlukan penglibatan semua rakyat Malaysia termasuk isu sosial, kemiskinan dan perubahan iklim.
"Saya ingin menunjukkan kepada generasi muda kita mengenai apa yang boleh dilakukan oleh mereka untuk meninggalkan sumbangan besar kepada negara kita yang tercinta dan rakyat," katanya pada majlis menandatangani buku autobiografi, di sini, pada Rabu.
Beliau berkata, buku yang diterbitkan dalam bahasa Melayu, Inggeris, Tamil dan Mandarin itu juga ditulis dengan tujuan merekodkan perkhidmatannya sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri, serta menonjolkan kepentingan rakyat berbilang kaum di Malaysia.
"Dalam buku ini saya benar-benar menekankan keperluan untuk kita semua komited dengan konsep perpaduan dalam kepelbagaian, perbezaan kita sepatutnya menjadi tonggak dalam membantu kita bersatu," katanya.
Bagaimanapun, Lee berkata, buku itu turut memaparkan pendapatnya mengenai isu-isu semasa di samping menceritakan alasannya untuk berhenti daripada politik pada tahun 1990.
"Ramai yang bertanya mengapa saya memutuskan untuk bersara daripada politik. Semuanya ada dalam buku ini, namun semasa saya berhenti daripada politik, saya tidak pernah bersara daripada berkhidmat kepada masyarakat.
"Saya masih seorang yang berorientasikan perkhidmatan," katanya sambil menambah bahawa hasil daripada penjualan buku autobiografinya akan didedikasikan untuk kerja-kerja amal. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lee Lam Thye
#khidmat bakti
#generasi muda
#sumbangan besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan