KUALA LUMPUR: Lapan pemain badminton negara berjaya menempah tempat ke Sukan Olimpik di Tokyo yang dijadualkan berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos ini.
Menurut kenyataan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini, mereka ialah perseorangan lelaki utama Lee Zii Jia, perseorangan wanita Soniia Cheah, beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik, beregu wanita Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean, dan pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 pasangan beregu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.
BAM juga mengesahkan dua atlet para iaitu pemain perseorangan Cheah Liek Hou dan Didin Taresoh akan membuat penampilan sulung pada Sukan Paralimpik di Tokyo yang dijadualkan dari 24 Ogos hingga 5 Sept depan.
Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata kejayaan itu merupakan hasil kerja keras, komitmen dan rasa cinta mereka terhadap sukan badminton.
Setiap rakyat Malaysia akan berasa bangga dengan kejayaan mereka dapat bersaing dalam Sukan Olimpik dan Paralimpik, katanya.
"Bagi pihak BAM, saya mengucapkan tahniah kepada semua 10 atlet badminton yang berjaya ke temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik.
"Saya ucapkan selamat maju jaya kepada kontinjen Malaysia. Saya harap mereka akan memberikan yang terbaik di gelanggang dengan objektif utama untuk menyaksikan Jalur Gemilang kebanggaan kita dinaikkan bersempena kejayaan dalam kedua-dua temasya Olimpik dan Paralimpik," katanya dalam kenyataan itu.
Sementara itu, Mohamad Norza berkata BAM merakamkan penghargaan kepada Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara serta Institut Sukan Negara atas sokongan tidak berbelah bagi terhadap pasukan kebangsaan.
Sehubungan itu katanya persatuan berikrar untuk terus bekerjasama dengan agensi-agensi tersebut bagi memastikan pemain dibantu sepenuhnya dalam persiapan akhir mereka.
"Kepada penaja kami, terima kasih atas sokongan kukuh anda terhadap misi bersama kita untuk membawa pulang pingat emas yang pertama buat negara. Demi Malaysia," tambah beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 09 2021

Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata kejayaan itu merupakan hasil kerja keras, komitmen dan rasa cinta mereka terhadap sukan badminton. - Gambar fail

Melayu mudah lupa bersama PH - Abdul Hadi
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang melabelkan orang Melayu termasuk pemimpinnya yang bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) sebagai Melayu yang mudah lupa.

Penubuhan yayasan bagi setiap persatuan sukan tak munasabah - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berpendapat agak sukar untuk setiap persatuan sukan menubuhkan yayasan sendiri khususnya bagi menjaga kebajikan bekas atlet mereka sewaktu di alam persaraan.

Jamal Abdillah, 29 penggiat seni dibenar saman tuntut royalti PRISM
Jamal menganggap keputusan itu juga adalah satu amaran kepada pihak badan pelesenan lain agar lebih telus dalam melaksanakan tugas dan memberi kesedaran kepada penggiat seni

Hanya JDT bida, Stadium Sultan Ibrahim hos final Piala FA 2023
Gelanggang keramat juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim (SSI) di Iskandar Puteri, sah dipilih sebagai venue perlawanan akhir Piala FA 2023.

Belum tiba masa lawan Brazil, Argentina - Hamidin
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mendedahkan skuad Harimau Malaya berpeluang mengadakan aksi persahabatan berdepan dua gergasi bola sepak dunia, Brazil dan Argentina, pada akhir tahun lepas.

Budak 2 tahun hilang di ladang kelapa sawit
Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dikhuatiri hilang di kawasan ladang kelapa sawit di Kinabatangan sejak lima hari lalu.

Lorong 'SmartLane' USJ-Seafield di Lebuhraya ELITE bermula hari ini
Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dari USJ ke Seafield boleh menggunakan lorong paling kiri menerusi ujian rintis awam 'SmartLane' bermula hari ini.

Isu Pulau Pinang: "Saya ada sandaran" - Sanusi sedia ke mahkamah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor bersedia untuk ke mahkamah berhubung dakwaan Pulau Pinang adalah milik Kedah.

Isu Islamofobia antara yang akan dibincang dalam lawatan ke Paris - Zambry
Malaysia akan membincangkan isu menangani Islamofobia dalam lawatan sulung Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir ke Paris, Perancis pada Khamis.

Agong zahir ucapan Selamat Menyambut Ulang Tahun TUDM ke-65
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke-65 kepada seluruh warga dan veteran TUDM.

Badminton: Nur Izzuddin-Sze Fei sah kembali bergandingan
Tan Sri Norza Zakaria, hari ini mengesahkan bahawa Nur Izzuddin Rumsani dan Goh Sze Fei akan kembali bergandingan demi mengejar kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Badminton Asia, BAM tandantangan MoU bawa badminton ke tahap lebih tinggi
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Badminton Asia hari ini menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) untuk menggalakkan dan memudahkan kemajuan dalam pembangunan sukan badminton.

Tiada masalah dengan pelantikan Tat Meng - Zii Jia
Lee Zii Jia tidak mempunyai masalah besar berhubung pelantikan Wong Tat Meng sebagai jurulatih baharu pemain perseorangan profesional negara itu.

BAM hantar pemain timba ilmu di Akademi Li Yongbo, China
BAM akan menghantar pemainnya berkelana menimba ilmu di Akademi Badminton Li Yongbo di Dongguan, China bagi meningkatkan prestasi skuad negara khususnya dalam acara perseorangan.

Piala Sudirman: Sinergi BAM dan RTG perlu diteruskan - Hannah
Kerjasama dan sinergi di antara Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Project Road To Gold (RTG) perlu diteruskan dalam memperbaiki prestasi skuad badminton negara.

Belum masanya isi kekosongan CEO ABM - Chong Wei
Lee Chong Wei berkata beliau belum memikirkan soal mengisi kekosongan selaku CEO ABM bagi menggantikan Michelle Chai yang meletakkan jawatan baru-baru ini.

BAM gesa Choong Hann cari penyelesaian prestasi hambar pemain
Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata aksi pemain perseorangan lelaki dan wanita semakin merudum selepas ABM dikendalikan secara profesional bermula November lepas.

Pearly kian pulih, sedia beraksi pada Piala Sudirman - Jones
Pemain beregu wanita negara Pearly Tan kian beransur pulih sekali gus sedia beraksi bersama gandingannya M Thinaah pada Kejohanan Badminton Piala Sudirman di Suzhou, China pada 14 hingga 21 Mei ini.

Ganjaran lumayan menanti pemenang pingat emas badminton di Sukan SEA Kemboja
Atlet badminton yang bakal menggalas cabaran negara ke Sukan SEA Kemboja dijanjikan ganjaran lumayan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sekiranya berjaya membutirkan pingat emas.

Norza dilantik sebagai Presiden Kehormat Badminton Asia
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, dipilih sebagai Presiden kehormat Badminton Asia (BA) bagi penggal 2023-2027.