Legasi Tun Rahah wajar dikenang selamanya - Shahril Hamdan

Fareez Azman, Ridauddin Daud
Disember 18, 2020 13:29 MYT
Menurut Shahril, Allahyarham Tun Rahah banyak memberi sumbangan kepada negara. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: “Perginya seorang yang jasanya cukup besar kepada negara.”
Demikian reaksi Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan ketika ditanya berhubung pemergian Tun Hajah Rahah Tan Sri Mohamed Noah.
Menurutnya, berbicara perihal pemerkasaan wanita, Shahril berkata Allahyarham merupakan antara insan yang paling kuat berjuang untuk memperkasakan wanita suatu masa dahulu.
“Saya yakin seluruh rakyat Malaysia berkongsi kesedihan yang sama dengan keluarga arwah khususnya Datuk Seri Najib Tun Razak dan semua keluarganya.
BACA: Tun Rahah meninggal dunia
BACA: Istiadat Pengebumian Negara untuk Tun Rahah - PM
“Tun Rahah banyak sumbangannya kepada negara,” katanya ketika ditemui selepas hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham di kediamannya di Jalan Eaton di sini pada Jumaat.
Tambahnya, beliau berharap jasa dan sumbangan arwah menjadi topik perbincangan golongan muda kelak agar legasi Allahyarham terus mekar.
Tun Rahah meninggal dunia sekitar jam 4.45 petang, Jumaat (18 Disember) di Pusat Perubatan Prince Court di ibu negara.

Astro AWANI sedang mengikuti perkembangan terkini pemergian Allahyarham Tun Rahah di saluran 501, Live TV di platform digital dan semua platform media sosial Astro AWANI.
#Tun Rahah Tan Sri Mohamed Noah #Mengenang Tun Rahah #Ketua Penerangan UMNO #Shahril Hamdan #legasi #Najib Razak #Jalan Eaton