awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Istiadat Pengebumian Negara untuk Tun Rahah - PM

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
18/12/2020
12:04 MYT
Istiadat Pengebumian Negara untuk Tun Rahah - PM
Allahyarhamah akan diberi penghormatan dalam Istiadat Pengebumian Negara.
KUALA LUMPUR:Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan takziah di atas pemergian Tun Hajah Rahah Tan Sri Mohd Noah, balu bekas perdana menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein.
Beliau turut mengumumkan, Allahyarhamah akan diberi penghormatan dalam Istiadat Pengebumian Negara dan akan jenazahnya disemadikan di Lingkaran Makam Pahlawan.
"Kerajaan telah memutuskan supaya Allahyarhamah Tun Hajjah Rahah binti Tan Sri Haji Mohd Noah diberi penghormatan “Istiadat Pengebumian Negara” dan jenazah akan dikebumikan di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara pada 19 Disember 2020 bersamaan dengan 4 Jamadilawal 1442H," katanya dalam satu kenyataan.
BACA: Tun Rahah meninggal dunia
Antara negarawan yang turut dimakamkan di sini ialah Allahyarham Tun Abdul Razak sendiri; bekas timbalan perdana menteri, Tun Dr Ismail Abdul Rahman; bekas perdana menteri, Allahyarham Tun Hussien Onn, dan isterinya Tun Suhailah Mohamad Noah serta bekas timbalan perdana menteri, Tun Abdul Ghafar Baba.
Tun Rahah meninggal dunia sekitar jam 4.45 petang, Jumaat (18 Disember) di Pusat Perubatan Prince Court di ibu negara.

Astro AWANI sedang mengikuti perkembangan terkini pemergian Allahyarham Tun Rahah di saluran 501, Live TV di platform digital dan semua platform media sosial Astro AWANI.
Topic Berkaitan
#Tun Hajah Rahah Tan Sri Mohd Noah
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#meninggal dunia
#Tun Abdul Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan