awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ada 15 rekod jenayah ditahan kes pecah rumah

Bernama
Bernama
23/07/2023
13:19 MYT
Lelaki ada 15 rekod jenayah ditahan kes pecah rumah
Lelaki tempatan berumur 30-an itu ditahan di sekitar Kluang kira-kira pukul 3.30 petang semalam. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki yang mempunyai 15 rekod jenayah kerana disyaki terlibat dalam kes pecah rumah di sebuah kediaman di Taman Aman, Kluang Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata lelaki tempatan berumur 30-an itu ditahan di sekitar Kluang kira-kira pukul 3.30 petang semalam.
Beliau berkata polis menerima laporan kejadian pecah rumah itu pada 6.42 pagi, Jumaat dan siasatan mendapati ketika kejadian, rumah berkenaan tiada penghuni dan hanya disedari pengadu selepas penggera di telefon bimbitnya berbunyi.
"Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki telah memanjat masuk ke dalam rumah melalui pagar di depan rumah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata semakan rekod mendapati lelaki itu mempunyai rekod lampau berkaitan kes jenayah dan narkotik serta didapati positif dadah jenis methamphetamine menerusi ujian air kencing.
"Lelaki berkenaan kini ditahan reman selama lima hari mulai hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya sambil menambah kejadian itu tidak melibatkan kehilangan wang atau barang berharga.
Terdahulu, tular satu video berdurasi seminit 10 saat menerusi media sosial memaparkan seorang individu memanjat pagar di sebuah rumah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pecah rumah
#rekod jenayah
#polis
#narkotik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan