awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syria lancar mata wang baharu pada 1 Jan - Gabenor Bank Pusat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki, anak tiri didakwa tipu bekalan sarung tangan lebih RM700,000

Bernama
Bernama
24/06/2022
08:59 MYT
Lelaki, anak tiri didakwa tipu bekalan sarung tangan lebih RM700,000
Seorang lelaki dan anak tirinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan memperdaya dua lelaki berhubung pembekalan sarung tangan getah yang tidak wujud. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dan anak tirinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperdaya dua lelaki berhubung pembekalan sarung tangan getah yang tidak wujud membabitkan kerugian lebih RM700,000 dua tahun lepas.
Ahmad Yusri Mohd Yunus, 66, dan Megat Akhimullah Faliq Megat Khaironnashiin, 23, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Michael Seow Chor Huat, 41, dan Ong Sheng Jie, 34, sehingga mendorong kedua-dua mangsa memindahkan wang RM756,250 ke dalam akaun bank Syarikat AYMY Multitouch Solution Enterprise.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di depan sebuah bank di Sri Petaling di sini pada 6 Nov 2020 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dengan sebatan serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Zulaaikha Mohd Apandi menawarkan jaminan RM100,000 bagi setiap tertuduh manakala kedua-dua beranak yang tidak diwakili peguam merayu agar jumlah itu dikurangkan.
Ahmad Yusri memberi alasan bahawa dia telah membayar RM300,000 kepada Seow dan menggadaikan rumahnya kepada lelaki itu manakala Megat Akhimullah Faliq pula berkata ibunya terpaksa menanggung ahli keluarga yang ramai.
Hakim Kamarudin Kamsun membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin dan mengenakan syarat tambahan pasport diserah kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Mahkamah menetapkan 28 Julai ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sarung tangan getah
#Mahkamah Sesyen
#Ahmad Yusri Mohd Yunus
#Megat Akhimullah Faliq Megat Khaironnashiin
#sarung tangan tidak wujud
#Michael Seow Chor Huat
#Ong Sheng Jie
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan