awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki Bangladesh pasang Jalur Gemilang terbalik dituduh Selasa

Sinar Harian
Sinar Harian
11/12/2022
22:15 MYT
Lelaki Bangladesh pasang Jalur Gemilang terbalik dituduh Selasa
Pertuduhan terhadap suspek dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan setelah suspek sebelum ini direman untuk siasatan lanjut. -Gambar hiasan
KLANG: Seorang operator kilang warga Bangladesh yang diberkas gara-gara memasang Jalur Gemilang secara terbalik di sebuah pangsapuri di sini pada 26 November lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret Klang pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, suspek yang merupakan seorang lelaki berumur 30 tahun itu diberkas selepas kejadian tersebut tular menerusi satu kumpulan WhatsApp sebuah komuniti penduduk di daerah ini.
"Siasatan yang dijalankan berkaitan kejadian telah selesai dan suspek akan dituduh di Mahkamah Majistret Klang pada Selasa ini.
"Pertuduhan terhadap suspek dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan setelah suspek sebelum ini direman untuk siasatan lanjut," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Pada 26 November lalu, polis menerima laporan berkaitan kejadian melibatkan Jalur Gemilang yang dipasang secara terbalik di sebuah pangsapuri di sini.
BACA: Lelaki warga Bangladesh pasang Jalur Gemilang terbalik ditahan
Kejadian tersebut didapati tular menerusi satu kumpulan WhatsApp komuniti penduduk Klang. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Jalur Gemilang
#bendera terbalik
#operator kilang warga Bangladesh
#Mahkamah Majistret Klang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan