awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki bawa parang ke balai nak tetak polis

Sinar Harian
Sinar Harian
16/03/2022
22:29 MYT
Lelaki bawa parang ke balai nak tetak polis
Lelaki ditahan bersama parang atas dakwaan mengugut anggota polis di Balai Polis Kuala Penyu.
BEAUFORT: Seorang lelaki dipercayai mabuk ditahan selepas didakwa mengugut mahu menetak anggota polis yang sedang bertugas di Balai Polis Kuala Penyu di sini dengan senjata tajam, pada tengah malam Rabu.
Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, suspek yang berusia 48 tahun membawa parang dan mengugut anggota polis yang sedang bertugas di balai tersebut.
"Pengadu yang sedang bertugas di balai polis tersebut bertanya kepada suspek tujuannya datang. Bagaimanapun, suspek terus mengatakan 'mahu tetak kau' sambil mengangkat parang panjang.
"Pengadu yang ketakutan terus lari masuk ke kaunter serta mengunci pintu balai berkenaan," katanya pada Rabu.
Tambah Yusoff Zaki, pengadu kemudian meminta bantuan anggota lain untuk menahan suspek dan merampas parang itu.
"Hasil siasatan lanjut mendapati, suspek disyaki di bawah pengaruh alkohol dengan bau arak yang sangat kuat," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#parang
#alkohol
#balai polis
#Tetak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan