Mahkamah Tinggi di sini, hari ini melepaskan dan membebaskan seorang juruwang kafe siber daripada tuduhan membunuh pelanggannya selepas mendapati lelaki itu tidak waras semasa melakukan perbuatan itu lima tahun lepas.
Hakim Datuk Abdul Halim Aman bagaimanapun memerintahkan Yip Chun Hoong, 33, dihantar menjalani rawatan pemulihan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan di Perak, selama tempoh yang diperkenankan oleh Sultan Selangor.
Yip didakwa membunuh Choong Yong Kit, 20, di Kedai Speed Chat Internet Cafe di Pandan Indah, Ampang dekat sini, antara 4 petang hingga 5.30 petang pada 11 Mac 2012.
Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Sepanjang perbicaraan, pihak pembelaan yang diwakili peguam Mah Kah Keong mengemukakan dua saksi iaitu tertuduh dan seorang pakar psikiatri sementara pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar mengemukakan seramai 22 saksi.
Dalam penghakimannya, Hakim Abdul Halim berkata sebanyak 10 isu dibangkitkan di peringkat pembelaan termasuk tertuduh mengakui menikam mangsa, tikaman dilakukan atas arahan suara seorang perempuan ghaib, tiada salah faham antara tertuduh dan mangsa serta pelakuan tertuduh yang dikatakan tidak waras sejak lima bulan sebelum kejadian.
Selepas meneliti kesemua keterangan saksi dan 83 barang kes yang dikemukakan di mahkamah, beliau mendapati tertuduh tidak bersalah membunuh mangsa berikutan ketidakwarasan yang menyebabkan dia tidak berupaya memahami akibat setiap perbuatannya termasuk ketika tikaman dilakukan.
“Ketidakwarasan tertuduh juga nampak jelas melalui paparan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan, di mana terdapat slot rakaman menunjukkan tertuduh dilihat seperti orang meracau dan melakukan tikaman bertubi-tubi sekurang-kurangnya lima kali ke arah kerusi yang tidak diduduki orang.
“Terdapat juga slot rakaman di mana mangsa kemudian dilihat memasuki premis berkenaan serta duduk di kerusi sama dan tertuduh dilihat pergi ke belakang premis lalu datang semula ke depan dengan sebilah pisau serta menikam mangsa.
“Selain itu, ada rakaman menunjukkan tertuduh berjalan terhoyong-hayang walaupun bersendirian di dalam premis tersebut,” katanya.
Hakim Abdul Halim berkata walaupun keterangan mencukupi untuk membuktikan tertuduh telah menyebabkan kematian mangsa, namun tertuduh perlu dibebaskan mengikut Seksyen 84 Kanun Keseksaan dan Seksyen 347 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) disebabkan ketidakwarasannya.
Sehubungan itu, beliau mengeluarkan perintah mengikut Seksyen 348 (1) KPJ supaya tertuduh ditahan di Hospital Bahagia Ulu Kinta bagi menjalani rawatan pemulihan mental selain menjauhkan dirinya daripada mendatangkan bahaya kepada orang lain.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 29 2017

Hakim berkata walaupun keterangan mencukupi untuk membuktikan tertuduh telah menyebabkan kematian mangsa, namun tertuduh perlu dibebaskan mengikut Seksyen 84 Kanun Keseksaan dan Seksyen 347 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) disebabkan ketidakwarasannya.

AWANI Ringkas: Sebar berita palsu berkait vaksin, tindakan tegas dikenakan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

27 Februari Hari NGO Sedunia

Vaksin Sinovac diberikan kepada setiap peringkat umur
China mempunyai alasan mengapa tidak menggunakan vaksin sinovac atau mana-mana vaksi buatanya kepada individu berusi 60 tahun ke atas pada peringkat awal.

Tun Faisal persoal tindakan Lembaga Disiplin tolak tiga syarat untuk berlaku adil
Tun Faisal mendakwa, pernah terjadi tribunal dalam Lembaga Disiplin sebelum ini yang dilihat berat sebelah serta tidak adil.

Wanita antara lima juruterbang 'terbangkan' vaksin Sinovac ke Malaysia
Nur Waie Hidayah diberi peranan mengendalikan pesawat Airbus 330-300 untuk penerbangan dari Beijing, China ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kejayaan hasil vaksin COVID-19, pasangan saintis dianugerah darjah tertinggi Jerman
Sahin dan Tureci dianugerahkan Darjah Kebesaran Merit Komandan Ksatria, iaitu salah satu penghormatan tertinggi yang diberikan oleh Jerman.

Satu kejutan Liverpool akhiri saingan di kelompok empat terbaik - Redknapp
Masalah kecederaan menjadi pematah peluang Liverpool mempertahankan kejuaraan, dengan kapten, Jordan Henderson, antara terbaru dalam senarai tersebut.

KWSP umum dividen 5.2 peratus dengan jumlah agihan RM47.64 billion
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen 5.20 peratus bagi tahun 2020. Manakala 4.90% untuk simpanan shariah.

Vaksin COVID-19 | Jangan desak NPRA luluskan Sinovac
Menteri Penyelarasan Progran Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, NPRA harus diberi ruang secukupnya untuk menjalankan tugas mereka.

Vaksin COVID-19 | NPRA akan teliti dua aspek kelulusan Sinovac
Menteri Penyelarasan Progran Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) akan meneliti dua aspek tersebut sebelum sebarang keputusan dibuat.

Pesakit kanser tahap empat ditemui maut direnjat elektrik
Seorang pesakit kanser tahap empat ditemui meninggal dunia dengan kesan renjat elektrik dalam kejadian di rumah dua tingkat di Taman Seri Arowana, Seberang Jaya.

Suspek kes bunuh warga emas direman 7 hari
Tempoh tahanan reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Alor Setar, Jamaludin Elias, di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) hari ini.

Polis kenal pasti identiti mayat warga emas ditemui di hadapan sekolah
Mangsa dikenal pasti sebagai Chua Hock Soon @Chua Leok Eng, 70 tahun, dipercayai beralamat dari Jalan Simpang Empat, Alor Setar.

Mayat lelaki bisu ditikam pada leher ditemui di depan sekolah
Mayat mangsa yang dipercayai bisu itu ditemui jam 6 petang oleh orang awam.

Tertekan kerana perintah berkurung, pesara cekik isteri hingga mati
Williams dipercayai mengalami tekanan dan kemurungan sejak perintah berkurung dikuatkuasakan di United Kingdom awal tahun lalu.

Lelaki Indonesia dakwa bunuh, minum darah orang Aceh ditahan
Warga Indonesia berusia 31 tahun itu diberkas pada 5.30 petang semalam di Tanjung Sepat, Kuala Langat.

Jepun lantik Menteri Kesunyian tangani peningkatan kes bunuh diri
Perdana Menteri, Yoshihide Suga melantik Tetsushi Sakamoto, untuk menjawat jawatan Menteri Kesunyian.

Dipenjara lagi kerana ugut bunuh, tampar ibu sehingga patah gigi
Mohd Azli Rahim, 41, mengaku bersalah terhadap kesemua pertuduhan dihadapinya.

Pemuda ditemui dalam keadaan tergantung, dipercayai bunuh diri
Mangsa ditemui tergantung di pagar pintu belakang bahagian tingkat atas rumah.

Berang dengan suami, wanita tergamak rendam anak tiri 2 tahun dalam air mendidih
Mangsa yang berusia dua dan empat tahun itu dilaporkan meninggal dunia dua minggu selepas kejadian ketika mendapat rawatan di hospital.