awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki buat kecoh di Pavilion Malaysia pada RIBF ditahan

Bernama
Bernama
11/03/2017
11:11 MYT
Lelaki buat kecoh di Pavilion Malaysia pada RIBF ditahan
Dalam kejadian kira-kira 8.50 malam waktu tempatan itu, seorang lelaki bertindak menceroboh Pavilion Malaysia lalu merampas mikrofon dan alat muzik sebelum mencampaknya ke lantai. - Gambar hiasan
Seorang lelaki Arab yang menimbulkan kekecohan ketika persembahan zapin dan ghazal di Riyadh International Book Fair (RIBF) 2017 pada Khamis, telah ditahan pihak berkuasa Arab Saudi.
Penyelaras Pavilion Malaysia Mohd Khair Ngadiron berkata perkara itu dimaklumkan kepada beliau oleh pegawai Kementerian Kebudayaan dan Penerangan Arab Saudi.
"Lelaki itu ditahan semalam (Jumaat) dan kini disiasat sebelum tindakan selanjutnya diambil," katanya kepada pemberita hari ini.
Bagaimanapun, Mohd Khair berkata pegawai kementerian berkenaan tidak memberi maklumat lanjut seperti lokasi penahanan itu.
Mohd Khair, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), berkata pihak penganjur RIBF akan menghantar surat permohonan maaf rasmi kepada Kedutaan Malaysia di sini.
"Mereka menyokong penuh penyertaan Malaysia dalam pesta buku ini dan mahukan persembahan zapin dan ghazal diteruskan," katanya.
Dalam kejadian kira-kira 8.50 malam waktu tempatan itu, seorang lelaki bertindak menceroboh Pavilion Malaysia lalu merampas mikrofon dan alat muzik sebelum mencampaknya ke lantai ketika persembahan 12 pelajar Sekolah Seni Malaysia Johor.
Tindakannya dibantah pengunjung lain yang memenuhi pavilion berkenaan untuk menyaksikan persembahan kebudayaan itu.
Malaysia diundang sebagai Negara Tetamu Kehormat pada RIBF 2017 dari 8 hingga 17 Mac.
Persembahan zapin serta ghazal dibawa bagi memeriahkan Pavilion Malaysia di RIBF atas permintaan Arab Saudi yang melihat seni sebagai satu cabang ilmu yang menyokong pertumbuhan tamadun manusia. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#buat kecoh
#lelaki
#RIBF 2017
#Riyadh
#Riyadh International Book Fair
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan