awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki cabul kanak-kanak di masjid didakwa Khamis ini

Bernama
Bernama
25/02/2025
15:34 MYT
Lelaki cabul kanak-kanak di masjid didakwa Khamis ini
Hussein berkata kertas siasatan sudah dilengkapkan dan telah dirujuk kepada Pejabat Pendakwa Raya Selangor hari ini. - Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes cubaan mencabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor pada 21 Feb lepas akan didakwa di Mahkamah Majistret Ampang, Khamis ini.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata kertas siasatan sudah dilengkapkan dan telah dirujuk kepada Pejabat Pendakwa Raya Selangor hari ini.
"Kertas siasatan telah mendapat arahan tuduh di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
"Sekiranya disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh disebat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, Hussein dilaporkan berkata polis telah menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 19 tahun yang disyaki terlibat dalam kes cubaan rogol yang tular baru-baru ini.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor Azmir Kassim juga dilaporkan mengesahkan suspek memiliki kad Orang Kurang Upaya (OKU) masalah pembelajaran sejak kecil.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#OKU
#Mahkamah Majistret
#rogol
#Jabatan Kebajikan Masyarakat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan