awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
Krisis politik Perlis: Wujud dalang, perlukan 'lampu ajaib' pastikan situasi tidak berjangkit - Penganalisis
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki campak 800 pil kuda dalam cubaan melarikan diri

Sinar Harian
Sinar Harian
29/03/2022
03:30 MYT
Lelaki campak 800 pil kuda dalam cubaan melarikan diri
Antara bungkusan dadah yang dirampas daripada suspek. -Foto Sinar Harian
PASIR MAS: Seorang lelaki bertindak mencampakkan bungkusan berisi 800 biji pil kuda ke atas jalan ketika diserbu polis di Kampung Tanjung Chenak di sini pada Isnin.
Lelaki berusia 23 tahun itu bagaimanapun berjaya ditahan dalam serbuan pada jam 6 petang.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, bertindak di atas maklumat, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Pasir Mas dibantu oleh anggota Balai Polis Meranti menahan suspek yang menunggang motosikal jenis Yamaha Ego dalam keadaan mencurigakan.
Menurutnya, suspek ditahan di Kampung Tanjung Chenak menghala Ke Kampung Bunut Susu, di sini.
“Anggota polis mengarahkan lelaki tersebut memberhentikan kenderaan ditungganginya namun secara tiba-tiba dia suspek melompat dari motosikal dan cuba bertindak melarikan diri.
Motosikal jenis Yamaha Ego berwarna hitam yang ditunggang oleh suspek dirampas bagi tujuan siasatan.
“Berlaku pergelutan semasa tangkapan dan lelaki itu dilihat mencampakkan satu bungkusan ke atas jalan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, bersaksikan suspek, pemeriksaan dijalankan polis terhadap bungkusan kertas berwarna kekuningan berpita pelekat itu didapati mengandungi 800 biji pil kuda yang dianggarkan bernilai RM8,000.
“Pemeriksaan di tubuh badan suspek mendapati terdapat luka di bahagian tangan dan belakang kaki kanan.
“Semakan mendapati suspek mempunyai empat rekod lampau membabitkan penyalahgunaan dan pemilikan dadah,” katanya.
Tambahnya, suspek mengaku dadah yang dirampas adalah miliknya yang perolehi daripada seorang lelaki di Kampung Tendong di sini.
“Kali terakhir suspek mendapat bekalan dadah sebanyak 2,000 biji pil kuda dengan anggaran nilai RM5,700 di kawasan atas parit Kampung Tal Tujuh, Pasir Mas.
“Pil kuda dan motosikal dirampas serta suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pil kuda
#Kampung Tanjung Chenak
#Mohd Nasaruddin M Nasir
#Akta Dadah Berbahaya 1952
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan