awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
Duta Norway ke Jordan letak jawatan susulan hubungan dengan Epstein
Isu ternak babi: Tiada larangan, tapi jangan ganggu sensitiviti, kesihatan penduduk - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki cari duit lebih edar dadah ditahan polis

Bernama
Bernama
05/01/2020
03:53 MYT
Lelaki cari duit lebih edar dadah ditahan polis
Seorang pemandu bot pelancong dicekup polis tengah malam tadi akibat menjual dadah sebagai mencari pendapatan sampingan. - Gambar hiasan
Tindakan seorang pemandu bot pelancong mencari pendapatan sampingan dengan menjual dadah mengundang padah apabila dicekup polis tengah malam tadi.
Dalam kejadian pukul 12.01 tengah malam, lelaki berumur 26 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah dan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi di kawasan Kampung Nyior Cabang, di sini.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Mohd Iqbal Ibrahim berkata, suspek ditahan semasa berjalan kaki sambil menyilang beg dalam keadaan mencurigakan dan sebaik anggota polis memperkenalkan diri, suspek bertindak agresif dan cuba melarikan diri namun berjaya ditahan.
"Hasil pemeriksaan lanjut di dalam beg silang yang dibawa lelaki itu, polis menemukan dua peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis heroin anggaran berat 97.40 gram bernilai lebih kurang RM2,000 dan dua peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki syabu kira-kira 76.70 gram bernilai anggaran RM6,000," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mohd Iqbal berkata hasil ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine dan memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#dicekup polis
#Langkawi
#pemandu bot pelancong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan