awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan penganggur disyaki pukul, cabul kanak-kanak perempuan
20 tentera upahan maut, 11 ditahan ketika serang lapangan terbang Niamey, Niger
Pas tidak akan tanding solo PRU16, tiada niat tinggalkan PN - Bendahari Agung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki cedera dikelar rakan serumahnya di Seremban

Bernama
Bernama
07/09/2025
09:06 MYT
Lelaki cedera dikelar rakan serumahnya di Seremban
Mangsa telah di bawa ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk rawatan lanjut. - Foto IPK Seremban
SEREMBAN: Seorang lelaki berusia 31 tahun cedera di leher akibat dikelar oleh rakan serumahnya selepas berlaku perselisihan faham di Taman Rasah Jaya, Jumaat lepas.

Ringkasan AI
  • Seorang lelaki berusia 31 tahun cedera di leher akibat dikelar oleh rakan serumahnya selepas perselisihan faham di Taman Rasah Jaya, Seremban.
  • Suspek berusia 23 tahun ditahan di Hospital Sungai Buloh selepas terlibat kemalangan ketika melarikan diri; kini direman lima hari untuk siasatan.
  • Polis mengesahkan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah dengan senjata.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohammad Hatta Che Din berkata seorang lelaki tempatan membuat laporan polis pada 6.24 petang, memaklumkan menjumpai seorang lelaki dalam keadaan berlumuran darah serta terdapat kesan kelar pada leher.
Beliau berkata mangsa telah di bawa ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk rawatan lanjut.
"Tangkapan dibuat pada hari ini di Hospital Sungai Buloh Selangor oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban terhadap rakan serumah mangsa berusia 23 tahun yang dirawat di situ akibat kemalangan semasa melarikan diri.
"Rakan serumahnya merupakan suspek utama dalam kes ini dan punca kejadian kerana selisih faham," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mohammad Hatta berkata suspek direman lima hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki cedera dikelar
#rakan serumah
#berlaku perselisihan faham
#Taman Rasah Jaya
#Seremban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan