awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki cuba culik kanak-kanak ada masalah mental

Sinar Harian
Sinar Harian
08/09/2022
14:44 MYT
Lelaki cuba culik kanak-kanak ada masalah mental
Rakaman video tular memaparkan tindakan orang awam menangkap seorang lelaki didakwa ingin menculik seorang kanak-kanak. - Gambar/ Sinar Harian
KOTA BHARU: Seorang lelaki yang didakwa cuba menculik seorang kanak-kanak di taman permainan berhampiran Dataran Masjid Muhammadi di sini mempunyai masalah mental.
Perbuatan lelaki berusia 20-an itu tular selepas pemilik Facebook Info Rakyat Dalam Kelantan (IRDK) memuat naik empat video masing-masing berdurasi 9, 14,15 dan 27 saat yang memaparkan tindakan orang awam menangkap seorang lelaki didakwa ingin menculik seorang kanak-kanak.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, bagaimanapun pada Khamis jam 12.27 tengah malam pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian seorang lelaki yang menyatakan telah menangkap suspek di taman permainan terbabit.
"Suspek yang tidak bekerja itu telah ditahan dan hasil ujian saringan awal dadah ke atasnya adalah negatif dan tidak mempunyai sebarang rekod lampau.
"Hasil semakan ke atas suspek mendapati dia pernah ditahan untuk mendapatkan rawatan mental pada tahun 2014," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, suspek dirujuk ke hospital untuk rawatan dan pemeriksaan.
Menurutnya, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian terbabit. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kes tular
#culik
#Melaka
#masalah mental
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan