TOKYO: Polis Jepun menahan seorang lelaki berusia 35 tahun yang disyaki mencuri kira-kira 1,500 keping kad Pokemon di sebuah kedai di daerah Akihabara, Tokyo.
Menurut penyiasat, Masaki Omori dari Urasoe, Okinawa mengaku melakukan perbuatan tersebut atas arahan daripada seorang individu yang dikenali di Twitter.
Ia adalah kes terbaharu yang dikaitkan dengan beberapa kejadian rompakan kad Pokemon di seluruh Tokyo susulan harga kad terpakai dan jarang ditemui melambung tinggi di pasaran.
"Suspek akan diberikan ganjaran wang sekiranya berjaya membawa lari kesemua kad Pokemon tersebut.
"Tetapi malangnya suspek tidak menerima sebarang bayaran seperti yang dijanjikan," menurut kenyataan polis.
Tambah kenyataan itu, kes berkenaan dianggap 'yami baito' iaitu pekerjaan sambilan yang dikaitkan dengan aktiviti jenayah.
Yami baito adalah istilah di mana kumpulan penjenayah mengeksploitasi individu terdesak mahu mendapatkan wang.
Tawaran yami baito biasanya disebarkan di media sosial dan mendapat sambutan sejak negara Matahari Terbit itu dilanda pandemik Covid-19 yang menyaksikan ramai individu kehilangan punca pendapatan.
Omori didakwa memecah masuk sebuah bangunan komersial di Akihabara sekitar jam 5 pagi (waktu tempatan) pada 12 April lalu.
Pemuda itu memberitahu dia mengikut arahan yang diberikan kepadanya.
"Dia terbang dari Okinawa sehari sebelum rompakan dan menyewa sebuah kereta di Ibaraki.
"Selepas itu dia menerima peralatan termasuk sarung tangan daripada seorang lelaki yang menunggu di kedai runcit di pinggir Tokyo.
"Omori menyerahkan kesemua kad Pokemon termasuk sekeping kad yang bernilai 160,000 yen (RM5,277) kepada lelaki itu selepas selesai melaksanakan tugasnya," kata penyiasat.
Nilai keseluruhan kad yang dibawa lari Omori dianggarkan berjumlah 1.15 juta yen (RM37,931).
Pokemon ialah siri permainan video yang dibangunkan oleh Game Freak dan diterbitkan oleh syarikat Nintendo berdasarkan siri anime televisyen popular di kebanyakan negara di dunia.
Kad-kad Pokemon terutamanya yang jarang ditemui boleh dijual dengan harga mencecah ribuan ringgit.
Tahun lalu, sekeping kad promosi Pokemon, Pikachu Illustrator Holo dari tahun 1998 dilelong pada harga AS$900,000 (RM4.15 juta) dalam satu acara lelongan di Amerika Syarikat (AS).
Nilai itu adalah termahal yang pernah dibayar untuk sekeping kad Pokemon. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Wed Jun 14 2023
Polis berkata kejadian rompakan kad Pokemon di Tokyo berpunca daripada harga yang melambung tinggi di pasaran. - Foto agensi
Bayi meninggal tersedak susu: Suami isteri berjaya peroleh penghakiman ingkar terhadap dua pengasuh
Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan sepasang suami isteri mendapatkan penghakiman ingkar dalam saman terhadap dua pengasuh didakwa cuai sehingga bayi mereka meninggal dunia akibat tersedak susu.
MOF minta orang ramai berwaspada penipuan STR, SARA
Kementerian Kewangan menasihati orang ramai agar berwaspada dengan cubaan pihak tidak bertanggungjawab menggunakan talian rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
1,133 pegawai, anggota polis bertugas semasa PRK Kuala Kubu Baharu
Seramai 1,133 pegawai dan anggota polis akan bertugas pada hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB), esok.
Stok minyak sawit negara meningkat kali pertama dalam enam bulan
Stok minyak sawit Malaysia meningkat pada akhir april buat pertama kali dalam tempoh enam bulan. Menurut pengawal selia industri, ia berikutan peningkatan pengeluaran walaupun terdapat penurunan dalam eksport.
Pengeluaran industri pada Mac meningkat 2.4 peratus
Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat 2.4 peratus pada Mac 2024, didorong pengembangan dalam kesemua sektor.
Agrobank terima dana skim kredit mikro daripada Kerajaan Sarawak
Agrobank pada Jumaat menerima Dana Tambahan Skim Kredit Mikro Sarawak berjumlah RM4 juta daripada Kerajaan Negeri Sarawak.
Jumlah pengangur di Malaysia terus catat penurunan
Jumlah penganggur di Malaysia pada mac 2024 terus catat penurunan. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), ia menurun kepada 566,600 orang mencatatkan kadar pengangguran 3.3 peratus.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Mutang Tagal
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia.
Pantau Agenda Reformasi: Pilihan Raya Kuala Kubu Baharu esok, 11 Mei
Ikuti kupasan Penganalisis Politik USM, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian menjelang hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu esok, 11 Mei.
Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian, Penganalisis Politik USM
Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian, Penganalisis Politik USM
KKM jalankan kajian perancangan sumber manusia di fasiliti awam
Kementerian Kesihatan sedang menjalankan kajian menyeluruh berhubung perancangan keperluan sumber manusia di fasiliti kesihatan kerajaan.
Lelaki curi 1,500 keping kad Pokemon dicekup polis
Masaki Omori mengaku melakukan perbuatan tersebut atas arahan daripada seorang individu yang dikenali di Twitter.