awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
VM2026: Strategi promosi perlu fokus kumpulan sasaran - Ahmad Zahid
KMP perkasa industri kitar semula bateri negara
Anwar nafi sebarang kaitan dengan kes Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki dari Kuching korban terbaharu rabies

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
09/09/2020
06:53 MYT
Lelaki dari Kuching korban terbaharu rabies
Mangsa dilaporkan mengalami muntah dan sawan sebelum dimasukkan ke wad di Hospital Umum Sarawak (HUS). - Gambar hiasan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat pertambahan kes baharu bagi penyakit anjing gila (rabies) di Sarawak.
Menerusi kenyataan akhbar di web portal KKM pada Rabu, kes melibatkan seorang lelaki berusia 51 tahun dari Kuching dan mangsa telah disahkan meninggal dunia pada 8 September 2020, jam 6.29 petang di Hospital Umum Sarawak (HUS).
Menurut kenyataan itu lagi, mangsa didapati positif virus berkenaan melalui ujian makmal yang dilakukan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) pada 4 September lalu.
Mangsa dilaporkan telah dimasukkan ke HUS sejak 26 Ogos lalu kerana mangsa mengadu mengalami sakit belakang hingga menyebabkan kesukaran untuk bergerak sebelum dimasukkan ke wad.
Mangsa turut mengalami muntah dan serangan sawan sebelum itu.
Kenyataan Akhbar terkini oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Kenyataan Akhbar terkini oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Memetik kenyataan itu lagi, siasatan awal yang dijalankan pada mangsa mendapati beliau tidak mempunyai sejarah gigitan haiwan.
Walau bagaimanapun, salah satu daripada haiwan peliharaan mangsa belum mendapat vaksin anti rabies, namun tidak menunjukkan sebarang tingkah laku yang boleh dikaitkan dengan jangkitan rabies.
Setakat ini, dengan pertambahan kes baharu itu, tiga kes dilaporkan telah meninggal dunia bagi tahun ini.
Sejak wabak rabies diisytiharkan di Sarawak pada 1 Julai 2017, negeri itu telah mencatatkan 25 kes secara keseluruhan dengan 24 kematian.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#AWANI Sarawak
#Kementerian Kesihatan Malaysia
#KKM
#rabies
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan