awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MB Perlis dibenarkan keluar hospital
Jumlah bayi lahir hidup di Filipina merosot kepada sekitar 1.36 juta pada 2024
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki diberkas kerana jual topeng muka melebihi harga kawalan

Astro Awani
Astro Awani
01/04/2020
16:08 MYT
Lelaki diberkas kerana jual topeng muka melebihi harga kawalan
Kerajaan sebelum ini menetapkan harga siling topeng kepada RM2.00 seunit sebelum menyemak turun harga produk berkenaan kepada RM1.50 seunit. Foto oleh KPDNHEP
Seorang lelaki berusia 52 tahun ditahan pasukan daripada Kementerian Pengguna Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah di sebuah rumah, di Taman Kempas, Sungai Petani, Kedah selepas didapati menjual topeng muka tiga lapis kepada pelanggan melebihi harga siling RM2.50 seunit.
Lelaki berkenaan yang menjual topeng muka tersebut secara dalam talian ditahan ketika pihak berkuasa mengadakan serbuan ke rumahnya.
Hasil sebuan menjumpai 3,450 unit topeng muka dengan nilai rampasan berjumlah RM6,900.
Menurut Pengarah KPDNHEP Negeri Kedah Rae Morn Verak berkata sebuan ini adalah hasil maklumat orang awam.
"Suspek menggunakan laman sosial Facebook untuk mengiklankan topeng muka berkenaan sementara pesanan pula melalui aplikasi Whatsapp dan barang dihantar melalui pos," katanya.
Suspek akan didakwa di bawah Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKHAP 2011).
Kerajaan sebelum ini menetapkan harga siling topeng kepada RM2 seunit sebelum menyemak turun harga produk berkenaan kepada RM1.50 seunit.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Facebook
#Kedah
#kerajaan
#laman sosial
#lelaki
#nilai
#online
#operasi
#rumah
#Sungai Petani
#suspek
#WhatsApp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan