awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki dibunuh kerana tegur anak jiran buat bising - Polis Perak

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
02/06/2021
09:57 MYT
Lelaki dibunuh kerana tegur anak jiran buat bising - Polis Perak
Suspek dikatakan marah kerana mangsa menegur anaknya membuat bising dengan menunggang motosikal di hadapan rumah lelaki itu. .- Gambar hiasan
TELUK INTAN: Berang anak ditegur jiran dipercayai menjadi motif pembunuhan seorang lelaki di tapak pembinaan perumahan di Taman Desa Maju di Langkap, di sini pada 13 Mei lalu.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, motif pembunuhan itu didedahkan selepas lima individu termasuk suspek utama berusia 34 tahun ditangkap, Selasa lalu.
Menurutnya, suspek dikatakan marah kerana mangsa menegur anaknya membuat bising dengan menunggang motosikal di hadapan rumah lelaki itu.
"Mangsa dan suspek utama tinggal berjiran, dimana rumah mereka hanya berselang dua buah rumah," katanya di sini hari ini.
Menurut Ahmad Adnan, suspek bersama empat lelaki lain yang berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun telah direman.
Bagaimanapun, katanya, suspek utama akan didakwa di mahkamah di sini esok, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, Seksyen 326 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
"Empat lelaki lain yang ditangkap bersama suspek utama akan diberi jamin dan diikat bon di bawah Seksyen 118 Kanun Prosedur Jenayah sebagai saksi pendakwaan," ujarnya.
Media sebelum ini melaporkan, mayat seorang lelaki ditemukan dengan lengan tangan kanan hampir putus di dalam semak di tapak pembinaan perumahan di Taman Desa Maju di Langkap.
Mayat lelaki berusia 29 tahun itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh orang awam pada pukul 9 malam.
Diserang Parang | Mayat hampir putus lengan ditemui
Topic Berkaitan
#bunuh
#lengan hampir putus
#anak jiran
#bergaduh
#Teluk Intan
#Ketua Polis Daerah Hilir Perak
#Ahmad Adnan Basri
#Tetak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan