awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki didakwa 'cangkul' ibu saudara hingga parah kerana berebut tanah

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
15/06/2023
07:36 MYT
Lelaki didakwa 'cangkul' ibu saudara hingga parah kerana berebut tanah
Difahamkan, kejadian itu tercetus selepas berlaku pertengkaran antara tertuduh dan mangsa mengenai isu pemilikan tanah. - Foto Astro AWANI
AYER KEROH: Tindakan seorang lelaki mencederakan ibu saudaranya sehingga parah menggunakan cangkul kerana berebut tanah membawa padah apabila dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini.
Tertuduh yang dikenali sebagai 'Johari', 48, yang merupakan pemaustautin tetap bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan parah ke atas Jalilah Jalal, 60, dengan menggunakan suatu alat yang jika digunakan sebagai senjata mungkin boleh menyebabkan kematian iaitu sebatang cangkul.
Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 5 petang di hadapan sebuah rumah di Jalan Daeng Tawi, Telok Mas, Melaka pada 10 Jun lalu.
Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan dikenakan denda atau sebat mengikut seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Difahamkan, kejadian itu tercetus selepas berlaku pertengkaran antara tertuduh dan mangsa mengenai isu pemilikan tanah.
Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Puteri Nur Nadia Mohamed Iqbal memohon agar mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan.
Beliau turut memohon mahkamah mengambil kira faktor kecederaan dialami mangsa iaitu cedera di bahagian otak, patah tulang pipi, dagu dan rusuk serta pendarahan mata sehingga terpaksa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu agar diberikan jaminan dengan alasan dia perlu menyara isteri serta empat orang anak, selain mendakwa kejadian berlaku kerana dia ingin mempertahankan keluarganya.
Mahkamah kemudian memutuskan tidak membenarkan sebarang jaminan dan menetapkan tarikh 18 Julai sebagai sebutan semula kes.
Topic Berkaitan
#cangkul ibu saudara
#Telok Emas
#mahkamah sesyen ayer keroh
#berebut tanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan