Skip to main content

Malaysia

Lelaki didakwa pukul isteri dengan getah paip, kerusi plastik dan penyangkut baju

JOHOR BAHRU, 4 Nov -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang peniaga kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap isterinya yang hamil sehingga wanita itu berada dalam keadaan koma, empat tahun lepas.  Hakim Atan Mustaffa Yussof Ahmad membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Rosmaini Abd Raof, 42, terhadap sabitan serta hukuman penjara yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen selepas mendapati lelaki itu bersalah atas pertuduhan tersebut.  Mahkamah turut m
Tertuduh ketika tiba di Mahkamah Sesyen Sungai Petani pada Khamis. - Foto BERNAMA

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki didakwa atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap isterinya dengan menggunakan kerusi plastik, getah paip, penyangkut baju, dan penyangkut langsir pada Mac dan April lalu.

Tertuduh, Rosmaini Abdul Raof, 43 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Najwa Che Mat, di Mahkamah Sesyen Sungai Petani pada Khamis.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah dengan menggunakan kerusi plastik dan getah paip terhadap isterinya, Nurfitri Moktar, 39, di sebuah rumah di Bandar Amanjaya, Sungai Petani, kira-kira jam 5 petang, 29 Mac lalu.

Rosmaini turut didakwa melakukan kesalahan sama ke atas mangsa dengan menggunakan penyangkut baju dan peyangkut besi di lokasi sama, kira-kira jam 9 pagi 23 April lalu.

Sebubungan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan (KK) yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan dikenakan denda atau sebat, yang dibaca bersama Seksyen 326A KK.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Kedah, Datuk Khairul Anuar Abdul Halim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Ruzana Abdul Halim.

Hakim kemudian menetapkan 16 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan tiada jaminan ditawarkan memandangkan tertuduh sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Media sebelum ini melaporkan seorang wanita yang juga penjawat awam cedera di beberapa bahagian badan dipercayai dipukul suaminya sehingga menyebabkan mangsa mengalami keguguran.

Suspek juga disahkan lelaki sama yang didapati bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap Jahidah Nordin, 46, dengan memukul kepala, muka dan tangan mangsa serta menendangnya dalam kejadian di Larkin, Johor Bahru, pada 2021.

 

 

Must Watch Video