MALAYSIA
Lelaki didakwa rompak, rokok dan mesin pengimbas harga antara dilarikan

Tertuduh didakwa dengan niat melakukan rompakan bersenjatakan sebilah pisau potong daging sebelum melarikan wang tunai sebanyak RM202.80, tiga kotak rokok berjenama, dan sebuah mesin pengimbas harga milik sebuah syarikat individu. - Gambar hiasan
MELAKA: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan menggunakan senjata tajam di sebuah kedai serbaneka, Julai lepas.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki berusia 27 tahun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan rompakan bersenjata di sebuah kedai serbaneka di Melaka Tengah pada 29 Julai, melibatkan wang tunai, rokok dan mesin pengimbas harga.
- Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, dengan jaminan ditetapkan sebanyak RM9,000 serta syarat tambahan.
- Mahkamah menetapkan 2 September sebagai tarikh serahan dokumen dan lantikan peguam, sementara tertuduh tidak diwakili peguam dan mendakwa diberi tekanan untuk mengaku salah.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 Kanun yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Prosiding pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Ehsan Nasarudin, mencadangkan jaminan sebanyak RM30,000 serta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap dua minggu sekali dan menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan dikurangkan atas faktor dirinya diberi tekanan agar mengaku salah.
Hakim Haderiah Siri membenarkan jaminan RM9,000 dan bersetuju dengan syarat tambahan dikemukakan, dan menetapkan 2 Sept depan sebagai tarikh serahan dokumen dan lantikan peguam.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami