KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara sebulan dan didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana mencuri lima pasang baju melayu bernilai RM1,930, minggu lepas.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda dan bagi kesalahan kedua dan seterusnya, hendaklah diseksa dengan penjara atau sebat.
Mahkamah memerintahkan tertuduh yang tidak bekerja menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 10 April lalu dan dipenjara sebulan lagi sekiranya gagal membayar denda.
Mengikut fakta kes, pada 9 April jam 1 petang, tertuduh pergi ke kawasan reruai di tempat kejadian dan telah mengambil tiga pasang baju Melayu dari rak jualan kemudian memasukkannya ke dalam beg plastik sebelum melarikan diri tanpa membuat sebarang bayaran ke atas baju tersebut.
Tertuduh kemudian menjual tiga pasang baju tersebut dan hasil jualan digunakan untuk membeli makanan dan bekalan dadah.
Keesokan harinya, pada 10 April jam 5.20 petang, tertuduh sekali lagi pergi ke reruai baju tersebut dan mengambil dua pasang baju Melayu menggunakan cara sama untuk dijual dan jam 7 malam pada hari sama, dia sekali lagi cuba mencuri baju Melayu di reruai sama namun berjaya ditangkap sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Timbalan Pendakwa Raya Nur Diana Mohamad Saad memohon hukuman berat berbentuk pengajaran dan pencegahan terhadap tertuduh mengambil kira faktor kerugian dialami oleh pengadu (peniaga).
"Saya percaya tertuduh tidak menunjukkan tanda keinsafan kerana dia pergi ke tempat sama untuk mencuri sebanyak tiga kali sebelum berjaya ditangkap. Tertuduh juga bukanlah pesalah kali pertama kerana sebelum ini dia pernah dijatuhi hukuman atas kesalahan sama sebanyak dua kali pada 2017 dan 2014.
"Mohon mahkamah mempertimbangkan juga hukuman sebatan agar tertuduh tidak mengulangi kesalahan sama di masa akan datang," kata Nur Diana.
Peguam Nicholas Cheoh, yang mewakili Saipullizan memohon hukuman penjara minimum atas alasan anak guamnya menanggung isteri dan seorang anak selain pengakuan salahnya telah menjimatkan kos dan masa mahkamah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 14 2023
Mahkamah memerintahkan tertuduh yang tidak bekerja menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 10 April lalu dan dipenjara sebulan lagi sekiranya gagal membayar denda. - Gambar hiasan
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Lelaki dipenjara sebulan, didenda RM6,000 curi baju Melayu
Curi baju dan jual semula untuk beli makanan dan dadah.