awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Rusia, China kecam tindakan Israel langgar piagam PBB - Pembantu Kremlin
SUKAN
FAM perkenal projek 'Elite Games', fokus cungkil bakat pemain B-23
DUNIA
Turki tingkat kesiapsiagaan ketenteraan, perketat sempadan dengan Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Singapura sahkan dua kes Zika di Woodlands

Bernama
Bernama
19/06/2025
07:30 MYT
Singapura sahkan dua kes Zika di Woodlands
NEA Singapura memaklumkan pihaknya memulakan pemantauan air sisa dan nyamuk di kawasan kediaman sekitar berikutan pengesanan kes berkenaan. - Gambar fail/WHO
SINGAPURA: Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) dan Agensi Penyakit Berjangkit (CDA) Singapura pada Khamis mengesahkan dua kes jangkitan Zika tempatan di kawasan Woodlands Street 11 dan Street 32.

Ringkasan AI
  • Dua kes jangkitan Zika tempatan disahkan di kawasan Woodlands, Singapura, dengan NEA dan CDA memulakan pemantauan nyamuk dan air sisa secara intensif.
  • NEA menasihatkan penduduk terutama wanita hamil mengambil langkah pencegahan, manakala CDA menjelaskan simptom termasuk ruam, demam, sakit sendi dan konjunktivitis.
  • Zika semasa kehamilan boleh sebabkan kecacatan kelahiran seperti mikrosefali, menjadikan pengesanan awal dan perlindungan nyamuk sebagai langkah kritikal.

Dalam satu hantaran di Facebook, NEA memaklumkan pihaknya memulakan pemantauan air sisa dan nyamuk di kawasan kediaman sekitar berikutan pengesanan kes berkenaan.
"Pemantauan yang dipertingkat ini menunjukkan isyarat berterusan kehadiran virus Zika di kawasan itu, menandakan kemungkinan berlakunya penularan tempatan," menurut hantaran itu.
NEA menasihati penduduk, terutamanya wanita hamil supaya melindungi diri daripada gigitan nyamuk dan memantau tahap kesihatan dengan rapi.
"Mereka yang mengalami simptom yang menyerupai jangkitan Zika digalakkan mendapatkan rawatan awal untuk diagnosis dan pengurusan sewajarnya," menurut NEA.
Dalam kenyataan berasingan, CDA memaklumkan bahawa simptom jangkitan Zika termasuk ruam, demam, sakit sendi, sakit otot, sakit kepala dan konjunktivitis.
Jangkitan semasa kehamilan boleh menyebabkan kecacatan kelahiran tertentu pada janin, termasuk komplikasi neurologi dan mikrosefali, iaitu keadaan apabila kepala bayi lebih kecil daripada saiz sepatutnya, menurut CDA.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zika
#Singapura
#Woodlands
#jangkitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami