awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki dipukul individu dipercayai majikan selepas mengadu sakit

Sinar Harian
Sinar Harian
17/01/2025
04:30 MYT
Lelaki dipukul individu dipercayai majikan selepas mengadu sakit
Tangkap layar video tular yang memaparkan seorang lelaki dipukul individu di sebuah jeti dipercayai di Pulau Ketam, Klang.
SHAH ALAM: Gara-gara dikatakan mengadu sakit, seorang lelaki dipukul individu dipercayai majikannya di sebuah jeti dipercayai di Pulau Ketam, Klang.
Rakaman video kejadian itu tular pada Jumaat.
Video berdurasi 54 saat itu mulanya memaparkan mangsa tiba di jeti berkenaan sebelum memaklumkan kepada individu terbabit bahawa dirinya sedang sakit.
Individu terbabit yang dilihat duduk di atas tong ais kemudiannya bangun sebelum menumbuk mangsa berkali-kali sehingga mengakibatkan mangsa terjatuh.
Mangsa bagaimanapun tidak melawan sebaliknya hanya membiarkan sahaja dirinya diperlakukan sedemikian.
Ruangan komen di halaman Facebook yang mengandungi video berkenaan dipenuhi dengan kecaman berkaitan tindakan yang dilakukan individu berkenaan.
Rata-rata pengguna meminta supaya pihak polis mengambil tindakan terhadap pelaku dan berharap mangsa dapat diberikan pembelaan sewajarnya.
Sementara itu, Sinar Harian sedang mendapatkan pengesahan pihak polis berkaitan kejadian yang tular itu.
https://www.sinarharian.com.my/article/707688/berita/semasa/lelaki-dipukul-individu-dipercayai-majikan-selepas-mengadu-sakit
Topic Berkaitan
#video tular
#majikan pukul pekerja
#polis
#Klang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan