awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki diserang sawan sebelum ditemukan lemas di bilik air

Bernama
Bernama
12/11/2024
03:30 MYT
Lelaki diserang sawan sebelum ditemukan lemas di bilik air
Kes ini diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut.
KOTA BHARU: Seorang lelaki berusia 34 tahun lemas selepas mengalami sawan dan kepalanya tersembam ke dalam tong berisi air di bilik air kediamannya di Taman Arus Permai, Jalan Padang Rokma, Tumpat, pada Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Tumpat ACP Mohd Khairi Shafie, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 4.01 petang dan mangsa, seorang warga tempatan telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Tumpat untuk bedah siasat
"Bedah siasat telah dijalankan dan punca kematian diklasifikasikan sebagai lemas. Kes ini diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Khairi turut mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menghormati privasi keluarga mangsa.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta untuk menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Wakaf Bharu di talian 09-7196222 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat di talian 09-7257222.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sawan
#lemas
#bilik air
#Mohd Khairi Shafie
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan