awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
MALAYSIA
Malaysia, Indonesia sepakat ASEAN perlu bersatu hadapi cabaran global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Lelaki ditahan curi jam tangan Rolex bernilai lebih RM100,000

Bernama
Bernama
27/06/2025
12:30 MYT
Sponsor Banner
Lelaki ditahan curi jam tangan Rolex bernilai lebih RM100,000
Shahrulanuar berkata mangsa seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun menyedari kehilangan barang terbabit kira-kira 9.30 malam setelah mendapati terdapat kesan selongkar pada keretanya yang diparkir di halaman rumah. - Gambar fail/Bernama
BATU PAHAT: Seorang lelaki tempatan ditahan kerana disyaki mencuri jam tangan Rolex bernilai lebih RM100,000 dalam kejadian pecah kereta di sebuah rumah, di Taman Sinar Berlian, di sini Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata mangsa seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun menyedari kehilangan barang terbabit kira-kira 9.30 malam setelah mendapati terdapat kesan selongkar pada keretanya yang diparkir di halaman rumah.
Beliau berkata wang tunai berjumlah RM700 yang berada di dalam kereta mangsa turut dilarikan suspek berusia 27 tahun yang kemudiannya berjaya ditahan kira-kira 3 pagi, 25 Jun di sebuah rumah di Taman Seri Wangsa di sini.
"Polis berjaya menemukan semula jam tangan milik mangsa manakala pakaian dan peralatan yang dipercayai digunakan suspek ketika kejadian turut dirampas. Jumlah kerugian dianggarkan bernilai RM110,700.
"Suspek yang mempunyai 14 rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dan dadah turut didapati positif dadah jenis Methamphetamine dengan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, dalam kes berasingan, Shahrulanuar berkata dua lelaki berusia 50 dan 36 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pecah rumah di Taman Soga Sutera, di sini serta melarikan kenderaan yang diparkir di hadapan rumah terbabit pada 22 Jun lepas.
Beliau berkata beberapa barangan berharga milik mangsa dilarikan dalam kejadian itu dengan anggaran kerugian bernilai RM65,000.
"Suspek pertama diberkas di Peserai, kira-kira 5 petang hari yang sama manakala suspek kedua ditahan di Banda Hilir, Melaka selang beberapa jam kemudian dengan polis turut menemukan semula barangan yang hilang selain merampas pakaian dan beberapa peralatan yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu.
"Turut dirampas dadah jenis heroin dengan anggaran berat 27.28 gram (g) dan syabu seberat 4.26g," katanya.
Beliau berkata kedua-dua lelaki itu positif dadah jenis Methamphetamine dan masing-masing mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah serta dadah.
Shahrulanuar berkata kedua-dua suspek direman selama tujuh hari hingga 29 Jun untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 457 dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan serta Seksyen 12(2) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rolex
#kesan selongkar
#positif dadah
#kes pecah rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami