TUMPAT: Seorang lelaki ditahan kali kedua atas kesalahan menyeludup cecair vape bernilai RM150,000 ke negara jiran dalam Op Bersepadu kira-kira pukul 5 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Tumpat ACP Amran Dolah berkata lelaki berumur 38 tahun itu ditahan hasil serbuan sepasukan anggota polis dan Jabatan Kesihatan dalam Op Bersepadu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat bersama 11 agensi sempadan bermula semalam hingga pukul 6 pagi tadi.
"Difahamkan, lelaki terbabit yang bekerja sebagai seorang perunding menjadikan rumahnya di Taman Sri Bayu di sini sebagai stor transit simpanan peralatan dan cecair vape bernilai RM150,000 sebelum diseludup ke Thailand," katanya kepada pemberita pada sidang media di IPD Tumpat di sini hari ini.
Beliau berkata sebelum ini, suspek pernah ditahan atas kesalahan sama dengan nilai barangan RM1.4 juta pada tahun lepas dan telah dikenakan denda.
Menurutnya, siasatan yang dijalankan mendapati kesemua barangan yang dirampas dibeli daripada syarikat luar Kelantan dan dihantar menggunakan kotak berupa barangan elektrik oleh syarikat penghantaran barangan.
Amran berkata pihaknya percaya kesemua barangan itu diseludup ke negara jiran kerana boleh mendatangkan keuntungan besar kepada suspek kerana permintaan tinggi di sana dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 13A Akta Racun 1952.
Mengulas lanjut mengenai Op Bersepadu yang dijalankan, beliau berkata antara agensi yang terlibat ialah Kementerian Kesihatan, Pejabat Tanah dan Jajahan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Majlis Keselamatan Negara, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Pasukan Gerakan Am, Polis Marin Pengkalan Kubor dan Majlis Daerah Tumpat.
Katanya, seramai 1,231 individu dan 1,063 kenderaan diperiksa mulai pukul 12 tengah hari bermula 13 Mac hingga 6 pagi tadi, malah pihaknya menjalankan pemeriksaan di tiga jeti dan pangkalan haram di Pengkalan Kubor, Simpangan dan Kuala Jambu selain 17 premis dan rumah persendirian.
"Hasil operasi yang dijalankan kita berjaya membuat rampasan pelbagai barangan bernilai RM158,432 seperti vape, beras, minyak petrol serta dadah seperti ganja dan air ketum," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 14 2023

Siasatan yang dijalankan mendapati kesemua barangan yang dirampas dibeli daripada syarikat luar Kelantan dan dihantar menggunakan kotak berupa barangan elektrik oleh syarikat penghantaran barangan. - Foto Sinar Harian

Tragedi Everest: Keluarga Muhammad Hawari reda SAR ditamatkan
Ahli keluarga pendaki Malaysia Everest 2023, Muhammad Hawari Hashim terima dengan hati penuh hiba keputusan misi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan.

Kalimah Allah: Jangan politikkan sehingga Majlis Raja-Raja buat keputusan - Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin menegaskan baginda telah menyatakan pandangannya berhubung perkara berkenaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penuntut USAS lemas ketika berkelah bersama rakan di Air Terjun Batu Hampar
Perkelahan penuntut Universiti Sultan Azlan Shah di Air Terjun Batu Hampar Padang Rengas bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka lemas.

Dewan Rakyat: Tuan Ibrahim dakwa Empangan Chereh pecah pada Nov 2021
Tuan Ibrahim mendakwa, kejadian itu menyebabkan simpanan bekalan air minuman di bandar Kuantan melibatkan beberapa loji terjejas.

Ibu, bapa tiri dilepaskan tuduhan cuai cederakan anak
Suami isteri dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas pertuduhan bertindak cuai terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, dua bulan lalu.

Polis kesan lelaki bantu siasatan kes bunuh di Klang
Lelaki itu ialah B Perkas Rao @ Rider, 41, yang memiliki empat rekod jenayah lampau dan dua rekod berkaitan dadah.

Tanah rizab Melayu: Tak ada apa yang hendak kita sembunyikan - Saarani
Kerajaan Perak bersedia memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) susulan laporan yang dibuat Ketua Pembangkang membabitkan tanah rizab Melayu di negeri itu.

Sukan tempur kini diklasifikasi sebagai aktiviti sukan di sekolah - Hannah
Klasifikasi itu bagi memastikan atlet sukan tempur di sekolah mendapat pengiktirafan yang setara dengan sukan lain selaras dengan Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576).

Jual pasir ke Pulau Pinang: Kenapa tidak? - MB Perak
Perak bersedia untuk menjual pasir dan batu di negeri itu sekiranya ada permintaan dibuat Kerajaan Pulau Pinang bagi membangunkan projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSI).

Penyanyi legenda Bossa Nova, Astrud Gilberto meninggal dunia
Berita pemergian Gilberto dikongsi oleh ahli keluarganya di media sosial.

Nushirwan dilantik Ketua Pengarah Keselamatan Negara baharu
Datuk Raja Nushirwan Zainal Abidin dilantik sebagai Ketua Pengarah Keselamatan Negara berkuat kuasa hari ini, demikian umum Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

MKN pergiat program CBSM di Kedah atasi ancaman keselamatan negara
MKN Kedah akan mempergiat Program CBSM di negeri ini bagi menggalakkan penglibatan orang ramai dalam menyalurkan sebarang bentuk maklumat berkaitan ancaman kepada keselamatan negara.

Kerajaan peruntuk RM59.7 juta pembelian, penambahbaikan aset APM
Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata, peruntukan itu disalurkan secara berfasa bagi tempoh hingga Julai tahun depan.

Lelaki ditahan kali kedua cuba seludup vape bernilai RM150,000
Seorang lelaki ditahan kali kedua atas kesalahan menyeludup cecair vape bernilai RM150,000 ke negara jiran dalam Op Bersepadu kira-kira pukul 5 petang semalam.

Libatkan Menteri Luar dalam MKN secara tetap - Howard
Dasar dan hubungan dengan negara lain mempunyai kesan langsung terhadap keselamatan negara.

Cadangan MKN untuk melanjutkan khidmat NTF tidak diteruskan - Saifuddin
Keputusan itu dibuat berdasarkan data yang menunjukkan situasi COVID-19 di negara semakin terkawal

Agensi keselamatan, pengurusan di tahap baik tangani bencana di ibu negara
Kesiapsiagaan dan kerjasama agensi keselamatan di bawah Arahan Majlis Keselamatan Negara 20 (MKN 20) dalam aspek pengurusan bencana di ibu negara berada pada tahap yang baik.

Keselamatan negara: MKN perlu laksana 'Latih Amal Keselamatan Menyeluruh' dengan segera - PM
Ini membolehkan tahap kesiapsiagaan dipertingkat, untuk Malaysia menghadapi sebarang potensi situasi krisis pada masa hadapan.

Berbaki satu SOP, cerminan kejayaan Keluarga Malaysia - Hishammuddin pengerusi sidang terakhir Kuartet COVID-19
Sejak awal tahun 2020, 181 prosedur operasi standard (SOP) telah digunapakai, dan kini hanya tinggal satu SOP asas, dan 19 garis panduan.

MKN sarankan pengguna kemas kini MySejahtera dengan kadar segera
Orang ramai disarankan untuk mengemas kini aplikasi MySejahtera dengan kadar segera.