ISKANDAR PUTERI: Polis menahan seorang lelaki disyaki terbabit dalam kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisiten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, suspek berusia 40 tahun itu ditahan di sebuah stesen minyak di Iskandar Puteri pada jam 4 petang.

Menurutnya, suspek ditahan anggota kereta peronda (MPV) Bahagian Pencegahan Jenayah Keselamatan dan Komuniti Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri.

"Ketika ditahan, suspek sedang mengisi diesel ke dalam tong yang diletakkan di dalam sebuah lori. Lebih kurang, 2,000 liter diesel bersubdisi cuba diseleweng suspek.

"Diesel bersudsidi ini telah diseleweng untuk kegunaan kilang di sekitar kawasan Iskandar Puteri," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Menurut Rahmat, suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

"Polis akan terus membanteras dan memastikan kegiatan penyelewengan serta ketirisan diesel yang menyebabkan kerugian kepada negara,” katanya.

*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian