awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan syaki pecah masuk bengkel

Sinar Harian
Sinar Harian
09/06/2023
01:30 MYT
Lelaki ditahan syaki pecah masuk bengkel
Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai terlibat dalam kejadian memecah masuk sebuah bengkel di Jalan Tampin di sini pada Rabu lalu. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai terlibat dalam kejadian memecah masuk sebuah bengkel di Jalan Tampin di sini pada Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kejadian itu disyaki membabitkan tiga suspek yang telah mencuri barangan kenderaan di premis tersebut.
"Bertindak atas maklumat sepasukan polis dari Balai Polis Senawang telah berjaya menahan suspek berusia 38 tahun itu yang turut merampas sebuah lori mengandungi komponen kenderaan.
"Hasil semakan mendapati lelaki berkenaan mempunyai dua rekod jenayah dan direman selama lima hari sehingga Isnin ini," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Menurutnya, usaha mengesan dua lagi individu yang disyaki terlibat sedang giat dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut diminta melaporkannya di balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Norseli Ibrahim di talian 019-3020511," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pecah masuk bengkel
#Arifai Tarawe
#barangan kenderaan
#curi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan