KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki ditemui meninggal dunia di atas wakaf Tanah Perkuburan Islam Panji Alam, Kuala Terengganu pada Ahad.
Mangsa yang dianggarkan berusia sekitar 50-an itu dijumpai pengutip kotak yang melalui kawasan berkenaan.
Menurut saksi, Mohd Faizol Taib, 38 tahun, ketika melalui jalan berkenaan kira-kira jam 5 petang, dia melihat mangsa terbaring di atas wakaf.
Mohd Faizol berkata, dia menyangkakan mangsa sedang tidur dan cuba mengejutkannya beberapa kali.
"Saya datang ke sini petang tadi, ingat nak kejutkan dia, nak tengok dia sihat atau tidak. Rupanya dia sudah tiada," katanya.
Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Wan Zaki Wan Ismail ketika dihubungi berkata, hasil pemeriksaan awal pada badan mangsa tidak menemui kesan jenayah.
Katanya mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut.
Jelasnya lagi kes diklasifikan sebagai mati mengejut.
Nur Fazlizai Ali
Sun Jan 22 2023
Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an ditemui meninggal dunia di atas wakaf Tanah Perkuburan Islam Panji Alam. - Astro AWANI
Tumpuan Sabtu - 20 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Empat wakil negara mara ke separuh akhir kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia
Empat wakil negara berjaya melangkah ke separuh akhir Kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia Zon Asia yang berlangsung di Pusat Skuasy Jalan Duta hari ini.
Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat supaya bertenang
Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Asia Barat dan menyeru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan terus berusaha mencari jalan penyelesaian diplomatik.
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman empat hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 itu dibenarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Jangan abai peruntukan untuk pembangunan sukan - Hannah
Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak 'menganaktirikan' atau menganggap agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tidak penting dalam belanjawan negeri.
Empat pelari yang memenangi acara separa maraton Beijing dilucutkan pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat.
Lelaki sindrom Down melecur disimbah air panas dalam lif
Seorang lelaki sindrom Down melecur di bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif sebuah pangsapuri.
Park Jaehong ketua jurulatih baharu KDNFC
KDNFC hari ini mengumumkan Park Jaehong dari Korea Selatan sebagai ketua jurulatih yang baharu bagi membimbing pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/25.
Kerajaan peruntuk RM50 juta program basmi kemiskinan di Terengganu
Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi program pembasmian kemiskinan di Terengganu tahun ini.
100 liang lahad diancam hakisan
Masalah hakisan sungai di tanah perkuburan yang dibina atas tanah wakaf oleh penduduk kampung itu telah berlaku sejak sekian lama.
MPAJ tangguh kenaikan caj tanah perkuburan Islam
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menangguhkan pelaksanaan kenaikan caj pengebumian bagi tanah perkuburan Islam di bawah pentadbirannya.
Pemergian Rohana Jalil: "Dia isteri yang teramat baik" - Jahangir Khan
Ketika ditanya kenangan bersama arwah, tidak banyak diceritakan kerana kenangannya terlalu banyak, tidak boleh pun nak diceritakan.
Trend tukar batu nisan, belindan menjelang Syawal
Bukan untuk bermegah tetapi sebagai 'hadiah terakhir' kepada si mati selain menjadikannya sebagai penanda bagi memudahkan ia diziarahi.
Buka puasa di tanah kubur dibimbangi langgar adab, akhlak - Mufti
Tindakan berbuka puasa di pekarangan tanah perkuburan kurang sesuai untuk dilakukan.
Lelaki ditemui mati di tanah perkuburan
Seorang lelaki ditemui meninggal dunia di atas wakaf Tanah Perkuburan Islam Panji Alam, Kuala Terengganu.
Pele disemadi di Santos
Pele akan dikebumikan di bandar tempatnya membesar dan mengembangkan karier bola sepaknya.
Polis tahan lelaki sakit mental rosakkan kubur 100 tahun
Suspek yang memiliki sejarah masalah mental disyaki menceroboh dan merosakkan kubur di Tanah Perkuburan Islam Al-Qadim, Sibu yang berusia lebih 100 tahun.
Rumah di kawasan perkuburan, "harmonikan" yang hidup dan si mati
Bayangkan jika rumah yang didiami itu hanya sekangkang kera sahaja dengan kubur?