awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
SHMMP: KPDN Perak tempatkan 195 penguat kuasa, 75 pegawai pemantau harga
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditemui rentung dalam kebakaran di Kota Bharu

Adam Darwish
Adam Darwish
19/01/2023
09:00 MYT
Lelaki ditemui rentung dalam kebakaran di Kota Bharu
Mayat Mohd Imeran Jusoh, 46, ditemukan di dalam bilik tidur oleh anggota bomba selepas berjaya memadamkan kebakaran itu yang mengambil masa selama 30 minit. - Gambar/ JBPM
KOTA BHARU: Seorang lelaki ditemui rentung selepas rumahnya musnah terbakar dalam kejadian di Kampung Huda dekat Jalan Sultan Yahya Petra di sini, kira-kira pukul 1 tengahari, hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Timbalan Penguasa Bomba Zukeri Shafei berkata, mayat mangsa ditemukan di bilik tidurnya oleh anggota bomba yang berjaya memadamkan kebakaran selepas itu.
Beliau berkata mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Imeran Jusoh, 46.
"Pihak kami difahamkan mangsa sebenarnya ketika kejadian sedang demam dan bukannya tergolong sebagai Orang Kurang Upaya (OKU).
"Setakat ini siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca kebakaran dan jumlah kerugian," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mengulas lanjut, katanya pihak bomba menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 1.04 tengah hari dan tiba di lokasi kebakaran 12 minit kemudian bersama empat buah jentera dan 14 pegawai serta anggota bomba.
"Setibanya pasukan bomba di lokasi didapati benar berlaku kebakaran sebuah rumah separa kekal telah terbakar 90 peratus.
"Anggota bomba yang menjalankan kerja-kerja pemadaman telah menemukan satu mangsa dalam keadaan rentung," katanya.
Katanya api berjaya dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh 30 minit.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#lelaki rentung
#Kota Bharu
#kampung huda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan