Mangsa yang berusia sekitar 20-an itu ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas ahli keluarganya berjaya membuka pintu bilik yang dikunci dari dalam dengan bantuan jiran.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah di lokasi kejadian.
Namun, katanya, pihak polis telah menemukan suatu cecair di tempat kejadian yang dipercayai menjadi punca kematian mangsa.
"Kematian ini kita percaya kematian yang biasa. Kita membuka laporan mati mengejut berdasarkan jumpaan barang kes di tempat kejadian, yang mana kita percaya barang kes itu boleh membantu mengetahui punca kematian.
"Kita ada jumpa satu cecair. Kita percaya cecair itu boleh menyebabkan kematian.
"Jadi kita akan hantar cecair itu ke Jabatan Kimia untuk diketahui apa kandungannya," kata Yahaya.
Selain itu, Yahaya berkata pihaknya turut mendapati terdapat beberapa kesan ikatan tali kecil yang mencurigakan pada badan mangsa.
Walau bagaimanapun, katanya, hasil siasatan awal mengesahkan ikatan berkenaan bukan menjadi punca kepada kematian mangsa.
Katanya lagi, mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat.
Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.
Befrienders adalah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan khidmat sokongan emosi 24 jam sehari, 7 hari seminggu, kepada mereka yang mengalami kemurungan dan mempunyai niat untuk membunuh diri.
Befrienders boleh dihubungi di talian 03-7627 2929 atau e-mel kepada [email protected] selain di laman sosial Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube untuk bantuan.