awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki dituduh bunuh ibu kandung

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
25/06/2024
02:55 MYT
Lelaki dituduh bunuh ibu kandung
Mengikut pertuduhan, Sugan didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian S Indra di sebuah rumah di Taman Restu Jaya, di Ipoh, antara jam 1 dan 9.30 pagi, 12 Jun lalu. - Foto Astro AWANI
IPOH: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu kandungnya, dua minggu lalu.
Tertuduh, KS Sugan, 36 tahun, mengangguk faham apabila pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian S Indra, 60 tahun, di sebuah rumah di Taman Restu Jaya, di sini, antara jam 1 dan 9.30 pagi, 12 Jun lalu.
Dia didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan atau penjara sehingga 40 tahun, dan jika tidak dihukum mati hendaklah dihukum sebat tidak kurang 12 sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurisah Ismah Muhammad Husaini manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 20 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula sementara menunggu lantikan peguam.
Pada 12 Jun lalu, media melaporkan seorang wanita warga emas ditemui maut berlumuran darah dengan kesan kecederaan di kepala di rumah di Taman Restu Jaya.
Mangsa ditemukan dalam keadaan tertiarap di ruang tamu rumahnya.
Topic Berkaitan
#bunuh ibu kandung
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
#Mahkamah Majistret
#Ipoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan