awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki hilang terjatuh sungai di Kem Lolo ditemui meninggal dunia

Sinar Harian
Sinar Harian
22/04/2024
07:50 MYT
Lelaki hilang terjatuh sungai di Kem Lolo ditemui meninggal dunia
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam sungai di Kem Lolo, Gunung Nuang, Kampung Pangsun pada Ahad ditemui meninggal dunia pada Isnin. - Foto JBPM
HULU LANGAT: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam sungai di Kem Lolo, Gunung Nuang, Kampung Pangsun dekat sini pada Ahad ditemui meninggal dunia pada Isnin.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mangsa berusia 36 tahun itu ditemui pada jarak kira-kira empat kilometer dari lokasi dia terjatuh pada jam 1 tengah hari.
"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Sebelum itu, Ahmad Mukhlis memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden terbabit pada jam 8.11 malam Ahad.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) disambung semula pagi Isnin dengan bantuan malim gunung, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Renjer Hutan dan Jabatan Perhutanan Selangor.
Sebanyak dua pasukan terlibat dalam SAR terbabit, di mana pasukan pertama melakukan pencarian bermula dari Kem Lolo sehingga 'campsite 1' ( mengikut aliran sungai) manakala pasukan kedua pula melaksanakan pencarian bermula dari empangan lama ( mengikut aliran sungai sehingga 'campsite 1').
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#lelaki hilang
#Gunung Nuang
#Hulu Langat
#ditemui meninggal dunia
#Kem Lolo
#JBPM Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan