awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPT, MQA adakan perbincangan teliti aspek teknikal pengiktirafan kelulusan pendidikan
The Voice of Hind Rajab: Penonton Malaysia tiga tertinggi di dunia - Teo
MCMC tumpaskan kegiatan pemancar Stesen Pangkalan Palsu hantar SMS scam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki kelar isteri dengan sabit kerana enggan urut

Agensi
Agensi
05/11/2019
04:15 MYT
Lelaki kelar isteri dengan sabit kerana enggan urut
Suspek ditahan di lokap selepas menyerah diri kepada polis.
Gara-gara enggan melayan permintaan supaya mengurut badan suami, seorang isteri cedera dikelar dengan sabit dalam kejadian di Riau, Indonesia.
Polis berkata, kejadian berlaku di rumah pasangan terbabit di Mentangor, Tenayan Raya kelmarin.
Susulan itu, polis telah menahan suspek berusia 37 tahun dikenali sebagai Radiusman.
"Suspek datang ke balai dan menyerah diri. Suspek mengaku mencederakan isterinya kerana berang dengan layanan dingin mangsa.
"Malah suspek juga mengaku dia dan isterinya kerap bertengkar dan mengesyaki wanita terbabit menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain," kata Jurucakap Polis Pekanbaru, Budhia Adiandha.
Tambah Budhia, pihaknya percaya serangan bermotifkan cemburu.
Sementara itu, mangsa dikenali sebagai Lusi Handayani telah dikejarkan ke Hospital Bhayangkara untuk rawatan lanjut.
Lusi mengalami luka di kepala dan lengan namun kecederaannya tidak mengancam nyawa. - Agensi
Topic Berkaitan
#cedera
#Indonesia
#kelar isteri
#kelar leher
#lelaki
#mangsa
#sabit
#serangan
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan