awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki kurang siuman ganggu pengguna jalan raya ditahan di Jalan Kunak-Semporna

Petrus Bernard
Petrus Bernard
26/05/2022
10:35 MYT
Lelaki kurang siuman ganggu pengguna jalan raya ditahan di Jalan Kunak-Semporna
Lelaki kurang siuman itu dilihat bergayut di hadapan kenderaan pengguna jalan raya di Jalan Kunak-Semporna.
SEMPORNA: Polis menahan seorang lelaki kurang siuman yang mengganggu pengguna jalan raya di Jalan Kunak-Semporna pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, lelaki berusia 30-an itu ditahan pasukan polis di jalan tersebut kira-kira pukul 4.50 petang Rabu selepas menerima aduan orang awam.
Difahamkan, lelaki itu mengganggu pengguna jalan raya dengan bertindak membaling batu ke arah kenderaan yang melalui jalan tersebut.
Menurutnya, sejurus sahaja menerima aduan, anggota tugas ronda cegah jenayah dikerah ke lokasi kejadian.
"Pemeriksaan awal mendapati seorang lelaki dipercayai kurang siuman sedang terbaring di atas jalan raya.
"Siasatan awal mendapati lelaki tersebut adalah warga asing dan mempunyai kesan luka di kepala serta telah dihantar ke Hospital Semporna untuk rawatan lanjut," katanya.
Tambah Farhan, lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 8(1)(e) Ordinan Kesalahan Kecil Negeri Sabah dan akan dirujuk ke bahagian psikiatri Hospital Semporna.
Topic Berkaitan
#Lelaki kurang siuman ditahan
#ganggu pengguna jalan raya
#Jalan Kunak-Semporna
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan