Seorang warden penjara berdepan detik cemas selepas seorang lelaki tidak dikenali melepaskan enam das tembakan ke arahnya di balai pengawal dan empat das lagi di menara kawalan berhampiran dalam satu kejadian di Penjara Alor Setar di sini, malam tadi.
Mohd Fitri Abdul Zaman, 31, berkata kejadian 10.45 malam itu berlaku ketika dia sedang bertugas di balai pengawal penjara itu sebelum menyedari kehadiran dua suspek lelaki yang menaiki motosikal.
"Masa kejadian saya sedang duduk di dalam balai pengawal sebelum menyedari sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki berhenti kira-kira 10 meter dari balai pengawal sebelum seorang daripada suspek turun dan melepaskan enam das tembakan.
"Suspek turut melepaskan empat das tembakan lagi ke arah dua pegawai yang berada di menara kawalan berhampiran. Selepas itu suspek terus menaiki motosikal dan beredar dari tempat kejadian," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Mohd Fitri berkata dia yang bertugas seorang diri di balai pengawal tidak mengalami sebarang kecederaan kerana sempat meniarap semasa suspek melepaskan tembakan itu.
"Pegawai di menara kawalan juga tidak mengalami sebarang kecederaan. Selepas suspek beredar, saya terus menghubungi pegawai penjara untuk memaklumkan kejadian dan pegawai terbabit terus menghubungi polis," katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah SAC Mohd Nashir Ya berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 11.02 malam.
"Warden penjara yang sedang bertugas memaklumkan seorang lelaki turun dari motosikal dan terus melepaskan beberapa das tembakan ke arah balai pengawal dan menara kawalan.
"Motif kejadian sedang disiasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh," katanya.
Bernama
Fri Apr 01 2016
Selepas melepaskan tembakan, suspek terus menaiki motosikal dan beredar dari tempat kejadian. - Gambar fail
Pintas Utama serah zakat perniagaan RM3 juta kepada Lembaga Zakat Selangor
Sultan Selangor berkenan mewakili Lembaga Zakat Selangor menerima serahan zakat perniagaan berjumlah RM3 juta.
Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Mohd Isa dan bekas Mohd Emir membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.
AWANI Ringkas: Kandungan mudarat di media sosial meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Xiaomi lancar kereta elektrik Xiaomi SU7, harga bermula RM141,500
Xiaomi semalam secara rasminya telah melancarkan kereta elektrik mereka yang pertama dinamakan Xiaomi SU7 untuk pasaran China.
X akan tawar ciri premium percuma jika ada lebih 2,500 pengikut disahkan
ELON Musk memaklumkan perubahan pada penawaran ciri-ciri X kepada semua akaun.
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Lelaki lepas 10 das tembakan di Penjara Alor Setar
Seorang lelaki tidak dikenali melepaskan enam das tembakan ke balai pengawal dan empat das lagi di menara kawalan di Penjara Alor Setar.