Kaum lelaki yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga diminta tampil membuat laporan polis bagi mendapatkan pembelaan dan bantuan yang sewajarnya, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
Beliau berkata daripada 4,026 kes keganasan rumah tangga direkodkan kementeriannya sebanyak 30 peratus aduan melibatkan mangsa lelaki dan kebanyakannya berusia 60 tahun ke atas.
"Mereka yang membuat aduan ini pada mulanya malu kerana stigmanya adalah lelaki tidak pernah menjadi mangsa dalam kekerasan rumah tangga tetapi ini tidak betul... mereka juga boleh ditindas dan menerima gangguan seksual," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Dialog Bersama Wanita Di Zon Selatan Bagi Kluster Keselamatan di Pinewood Studio, Iskandar Puteri, di sini, pada Ahad.
Rohani berkata kebanyakan laporan dibuat melalui Talian Nur 15999 selain laman sosial Facebook kementerian dan Facebook peribadinya.
"Bila kita nasihatkan mereka untuk membuat laporan polis, mereka takut, mereka malu dan ada yang takut kehilangan kerja tetapi itu adalah satu-satunya cara untuk kita di kementerian dapat membantu mereka.
"Hasil siasatan kita mendapati antara faktor yang menyumbang kepada keganasan ini adalah faktor kewangan dan tekanan hidup. Jadi untuk menyelesaikan kes sebegini, ia perlu melalui proses kaunseling yang sangat halus agar mangsa-mangsa ini dapat dipulihkan," katanya.
Dalam pada itu, Rohani berkata Akta Kesaksamaan Gender yang dicadangkan oleh kementeriannya kini di peringkat kajian bagi menentukan kesesuaian akta berkenaan untuk dilaksanakan.
"Kita akan lihat dan kaji akta-akta yang berkaitan yang telah diamalkan di negara ASEAN seperti Singapura dan negara Nordic iaitu Denmark, Norway dan Sweden misalnya dan cuba adaptasikannya dengan masyarakat kita," katanya.
Rohani menjelaskan Malaysia ketika ini masih belum mempunyai undang-undang yang khusus untuk melindungi mangsa gangguan seksual.
"Sekarang ini cuma ada pekeliling dan kod amalan yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia. Jadi dengan adanya akta atau undang-undang kita boleh ambil tindakan yang lebih tegas kepada pelaku-pelaku jenayah ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 01 2018
Rohani gesa kaum lelaki yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tampil dapatkan pembelaan.
PRK KKB: Ahmad Zahid yakin ahli UMNO sokong calon Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid yakin ahli parti itu di DUN Kuala Kubu Baharu akan memberikan sokongan kepada calon Kerajaan Perpaduan pada PRK DUN itu, 11 Mei ini.
Piala Thomas: Malaysia diundi bertemu Jepun di suku akhir
Skuad kebangsaan akan meneruskan kempen demi misi membawa Piala Thomas pulang ke tanah air sejak kali terakhir memenanginya pada 1992.
Kenaikan gaji: Fahami konteks, berlaku adil buat perbandingan - Fahmi
Isu timbul selepas ada pihak mendakwa kenaikan paling tinggi adalah sebanyak 35 peratus pada era pentadbiran perdana menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Kerajaan sedia terima kritikan, namun, tidak bertolak ansur sentimen 3R - PM Anwar
Kebebasan bersuara yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan bukan bermakna kebebasan untuk mencerca dan memaki hamun sesuka hati.
ADUN Sungai Bakap ditidurkan akibat keradangan perut
Muhammad Fauzi dimaklumkan oleh ahli keluarga Nor Zamri berhubung keadaan kesihatan beliau yang ketika ini ditidurkan.
NCEC setuju transformasi perundangan sisa pepejal diadakan - KPKT
Mesyuarat NCEC bersetuju mengadakan transformasi perundangan bagi sisa pepejal.
AirAsia yakin mampu harungi pergerakan mata wang tidak menggalakkan, kenaikan harga bahan api
AirAsia yakin mampu tangani kenaikan harga bahan api dan pergerakan mata wang tidak menggalakkan yang berpanjangan, yang terus meningkatkan cabaran global.
JPN pergiat masuk pedalaman kampung Orang Asli, daftar sijil kelahiran, MyKad
JPN mempergiatkan inisiatif memasuki kawasan pedalaman Orang Asli bagi mengurangkan kelewatan daftar kelahiran dan MyKad komuniti itu.
Semakan gaji penjawat awam adalah wajar untuk hadapi inflasi - Ahli ekonomi
Semakan gaji penjawat awam adalah munasabah, sudah lama tertunggak dan wajar untuk menghadapi inflasi, kata seorang ahli ekonomi.
Isu terpalit FAM tak jejas Harimau Malaya - Faisal
Faisal sifatkan barisan pemain skuad kebangsaan tidak terjejas dengan isu yang terpalit Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baru-baru ini.
Akta Media Sosial perlu dinamik, merentas masa - Pakar
Akta-akta sedia ada boleh dimanfaatkan untuk mengawal penggunaan media sosial dalam kalangan kanak-kanak.
Isu 3R: Kerajaan adakan perbincangan dengan pelbagai pihak Jumaat ini
Perbincangan itu bertujuan menangani pihak tertentu yang sengaja mencetuskan provokasi melampau mengenai isu berkenaan.
Agong perkenan 14 akta diluluskan Parlimen
Ini termasuk Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti.
Kaum lelaki mangsa keganasan rumah tangga dilindungi undang-undang
Sesiapapun mangsa, tidak kira wanita atau lelaki, mempunyai hak untuk dilindungi seperti termaktub dalam Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521).
Gubal segera akta berkaitan ketum
Negara memiliki pokok ketum berkualiti tinggi, namun manfaat herba berkenaan dibolot negara jiran, iaitu Thailand.
Perkenalkan pilihan raya pecat wakil rakyat lompat parti - Azalina
Kerajaan digesa mempertimbangkan pilihan raya bagi memecat wakil rakyat atau recall election bagi menghalang mereka yang lompat parti, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.
Jangan terpedaya gimik jualan murah produk di internet - MCMC
Produk yang dijual juga tidak tertakluk kepada akta dalam negara selain sesetengah daripadanya mempunyai kecenderungan untuk menyerupai produk berjenama.
SPRM syor wujudkan akta wajib isytihar harta
Sehingga kini, tiada sebarang hukuman jelas boleh diambil terhadap mereka yang tidak mengisytiharkan harta.
Gubal akta anti lompat parti perlu sokongan dua pertiga - Takiyuddin
Takiyuddin menjelaskan, sekiranya perkara berkenaan tidak dipinda, ia boleh dicabar oleh mana mana pihak di mahkamah.
MAFI bercadang wujud akta khusus untuk benih dan baja
Cadangan itu antara beberapa perkara yang dibincangkan dalam pertemuan dengan Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah pada Jumaat.