awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kuota BUDI95 tidak akan dikurangkan ikut kelas pendapatan - KSU Perbendaharaan
Agong dipersembah taklimat perancangan KUSKOP, perkasa PMKS
Jepun tangguh pelancaran roket H3 bagi siasat kegagalan terdahulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut dalam nahas tiga kenderaan di Mersing

Bernama
Bernama
31/07/2021
21:43 MYT
Lelaki maut dalam nahas tiga kenderaan di Mersing
Kes itu disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai dan menyebabkan kematian. - Foto Facebook/Shamsul Mersing
MERSING: Seorang lelaki maut manakala isterinya mengalami sakit dada selepas terlibat dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Kilometer Satu, Jalan Mersing-Endau berhampiran pekan Endau di sini, pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Mersing Supt Cyril Edward Nuing berkata dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu, mangsa yang meninggal dunia, Ali K. Moideen Kutty, 59, dan isterinya, A'mariah Harun, 53, menaiki kenderaan pacuan empat roda dari arah rumah di Endau menghala ke kebun di Penyabong.
"Nahas dipercayai berpunca daripada sebuah lori Mitsubitshi Fuso yang dipandu lelaki berusia 32 tahun bersama seorang kelindan lelaki berumur 39 tahun dari arah Batu Pahat menuju ke Tanjung Gemok, Rompin, Pahang.
"Semasa di tempat kejadian, di suatu jalan selekoh, lori terbabit dipercayai hilang kawalan lalu melanggar batu tengah pembahagi jalan dan memasuki ke laluan bertentangan sebelum melanggar sebuah Ford Ranger yang dinaiki pasangan suami isteri itu dan melanggar lagi sebuah kereta di bahu jalan berhampiran gerai makan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata akibat perlanggaran itu, pemandu Ford Ranger tersepit di kedudukan pemandu dan meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah, manakala isterinya sakit di bahagian dada, namun pemandu dan kelindan lori hanya mengalami sakit ringan.
Katanya, pemandu yang maut dirujuk ke Hospital Mersing untuk bedah siasat setelah keputusan ujian calitan COVID-19 diperolehi, manakala isterinya dihantar ke Klinik Kesihatan Endau untuk mendapatkan rawatan dan pemandu lori ditahan bagi membantu siasatan.
Kes itu disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai dan menyebabkan kematian.
Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Endau, Penolong Penguasa Bomba Mohd Alias Hussin berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu pada 7.55 pagi sebelum enam anggota dikejarkan ke lokasi.
"Setibanya pasukan di lokasi kejadian, didapati benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori dipercayai membawa muatan baja bertembung dengan sebuah Ford Ranger sebelum melanggar sebuah kenderaan jenis Hyundai Accent yang tiada penumpang.
"Operasi mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan khas 'Road Traffic Accident' (RTA) mengambil masa 18 minit," katanya sambil menambah, operasi menyelamat ditamatkan pada 10.05 pagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nahas
#jalan raya
#kenderaan
#maut
#cedera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan