awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
Roy Azman masih dirawat di hospital, pembedahan ditangguh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut ditetak, ditikam di Penampang

Sinar Harian
Sinar Harian
24/12/2023
07:20 MYT
Lelaki maut ditetak, ditikam di Penampang
Mayat seorang lelaki ditemuikan terbaring berlumuran darah dengan kesan tetakan dan tikaman di hadapan lampu isyarat Bundusan Jalan Penampang-Kota Kinabalu. Gambar kecil: Sammy
PENAMPANG: Mayat seorang lelaki ditemukan berlumuran darah dengan kesan tetakan dan tikaman dalam kejadian di hadapan lampu isyarat Bundusan Jalan Penampang-Kota Kinabalu pada awal pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 4.44 pagi mengatakan berlaku satu kejadian pergaduhan melibatkan beberapa lelaki.
Sammy berkata, menurut laporan tersebut pergaduhan berlaku menggunakan senjata jenis parang di lokasi kejadian.
"Hasil siasatan di lokasi terdapat seorang lelaki warga asing terbaring di atas jalan dalam keadaan berlumuran darah dengan beberapa kesan tetakan dan tikaman pada tubuh badan mangsa.
"Mangsa telah dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Queen Elizabeth I (HQEI)," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Katanya, kes setakat ini masih dalam siasatan polis dan kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan.
"Saksi kejadian diminta tampil untuk memberikan maklumat bagi membantu siasatan dan boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Kanan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, Asistan Superintenden Andi Ma'Mur Halwati di talian 0195853918.
"Orang ramai juga diminta supaya tidak menyebarkan gambar di lokasi kejadian dan memuat naik serta menyebarkan maklumat yang tidak sahih di media sosial yang dibimbangi mengundang kegusaran serta mengganggu ketenteraman awam," tegasnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kes bunuh
#Penampang
#tetak dan tikam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan